Jumaat, 21 Oktober 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gabungan hippie, gipsi dan vintaj

Posted: 21 Oct 2011 06:03 AM PDT

HIMPUNAN gaya dengan sedikit pengaruh era 60-an dan chic bohemian menjadi inspirasi anak muda kini.

Konsep bersih dan tidak berserabut dengan campuran rona terang menjadi ilham rekaan Tangs Pavilion Kuala Lumpur yang dipersembahkan sekumpulan peragawati dan peragawan lewat petang minggu, baru-baru ini.

Himpunan pertama menyerlahkan gaya bohemian dan klasik menerusi padanan gaun pendek polos diserikan perincian manik pada bahagian pinggang.

Gaya bohemian atau boho adalah paduan daripada hippie, gipsi dan vintaj yang diberi nafas baru menerusi elemen perhiasan serta corak pakaian yang sederhana dan menawan. Walaupun ia adalah campuran gaya, wanita bebas memilih penampilan diinginkan.


Untuk bergaya sebegini tidaklah sukar kerana wanita hanya perlu bijak menyuai padan menerusi skirt, gaun atau seluar dengan warna coklat, putih atau berwarna-warni. Misalnya jika memilih skirt, cari yang bermotif etnik seperti sulaman begitu juga seluar, pilih dengan sentuhan bercorak.


Gaya sebegini sesuai untuk majlis santai dan bergaya menerusi corak padanan gaun sama ada lakaran atau flora. Himpunan musim luruh dan sejuk Tangs menampilkan koleksi jenama Coat's, Martina Pink dan StudioTangs dengan memberi lebih pilihan kepada wanita tampil bersahaja, namun dalam kelas tersendiri.

Namun, jangan dilupa pada perhiasan seperti tas tangan bermotif etnik atau juraian manik. Bagi penggemar perhiasan, rantai dan anting-anting diperbuat daripada unsur alam akan menyerlahkan penampilan boho.

Padankan dengan sepatu seperti kasut gladiator atau but pendek untuk kekal menyerlah. Paling penting ubah gaya rambut supaya padanan kekal seimbang.

Untuk gaya percutian, Island Shop mempersembahkan koleksi gaun pendek ilham daripada kebiruan pantai dengan jahitan sulaman ringkas.

Menariknya, kehadiran rona polos ibarat lakaran di atas sekeping kanvas yang menyerlahkan keindahan padanan yang disarungkan ke tubuh wanita.

Himpunan Playlab untuk gaya klasik sofistikated menggabungkan elemen moden pada setiap helaian gaun ditambah perincian manik menawan.

Ia tampil dengan warna gelap yang didefinisikan lebih ringkas menerusi cetusan rock and roll. Gaya sebegini sesuai untuk wanita yang mementingkan penampilan.

Bukan saja wanita, himpunan musim luruh dan sejuk turut memberikan ilham kepada lelaki di bawah label David Mayer Naman dan Greyhound.

Full content generated by Get Full RSS.

Rantai manik kayu

Posted: 21 Oct 2011 05:26 AM PDT

KEBIASAANNYA aksesori wanita banyak menggunakan bahan seperti kristal tetapi bagaimana pula dengan penggunaan manik kayu sebagai perhiasan diri? Bukankah nampak pelik melihat seseorang itu memakai bahan berasaskan kayu?

"Perhiasan menggunakan manik kayu turut menjadi tumpuan kerana rekaan serta bentuknya lebih ringkas selain menghasilkan gaya klasik moden," kata Pengasas La' Seri Collection, Norlela Mohd Nor.

Pada awalnya, dia menggunakan manik tasbih lama sebagai bahan percubaan dan lama kelamaan mula mempelbagaikan lagi koleksi bahan aksesori sedia ada.

Pembabitan awalnya membuat aksesori itu hanya secara suka-suka, malah tidak pernah menyangka kerja kreatif sedemikian mampu memberikan keuntungan lumayan dan mula menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama.


Bagi mereka yang teringin mencuba membuat aksesori perhiasan ini sendiri, ikuti langkah mudah menyiapkan rantai manik kayu dikendalikan Norlela.


Sediakan bahan diperlukan terlebih dulu iaitu playar jenis flat nose dan long nose, pemotong, rantai tali, gunting, pin peniti aksesori, gegelang penyambung, penyambung besi dan manik kayu jelutong pelbagai saiz.

Untuk maklumat mengenai pelbagai lagi aksesori menarik daripada manik kayu, layari laseri-collections.blogspot.com ataupun Facebook - La'Seri Norlela.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved