Selasa, 25 Oktober 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Saat satukan ibu dan anak

Posted: 18 Oct 2011 11:44 AM PDT

KELETAH manjanya memikat sesiapa saja. Berwajah bulat dengan mata galak bersinar ditambah alis mata yang panjang dan lentik, si comel ini mudah didekati serta tidak takut berhadapan orang ramai. Buktinya ketika di pentas, Puteri Nurkamilia Nuwairah Al Atrash Isfizal menunjukkan aksi bersahaja. Sambil memegang buku, dia teruja melihat gambar penuh berwarna.

Gelagatnya yang penuh berkeyakinan inilah memikat juri, sekali gus dinobatkan sebagai bayi paling comel dan sihat dalam pertandingan Bayi Johnson 2011 menewaskan 19 peserta lain.

Ketika diumumkan pemenang, ibunya, Nurnahdatul Salwa Muhamad Zaki, 32, dan ayah, Isfizal Al Atrash Md Idris, 35, insan paling gembira apabila puteri kesayangan mereka yang kini mencecah usia sembilan bulan diumumkan sebagai pemenang, sekali gus menerima wang tunai RM15,000 serta hamper Johnson bernilai RM1,000.

Menurut Nurnahdatul, dia langsung tidak menaruh harapan atas kemenangan ini kerana menganggap penyertaannya hanya sekadar suka-suka. Lagipun ini bukan kali pertama dia menghantar penyertaan untuk Puteri (panggilan manja anak kesayangan mereka) kerana sudah kali kelima dan hanya pernah memenangi tempat ketiga.


"Saya memang suka menyertai pertandingan bayi comel untuk Puteri sekadar suka-suka dan memenuhi masa lapang. Tidak pernah terlintas untuk mendedahkannya kepada dunia glamor, sebaliknya cara ini memberi keyakinan kepada Puteri berhadapan dengan ramai orang. Saya tidak sangka penyertaan kelima ini membuahkan hasil. Ini semua rezeki Puteri," katanya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan Cheras, Selangor.


Bercerita mengenai anak sulungnya ini, menurut Nurnahdatul, Puteri bayi yang cergas dan aktif. Dia yang dilahirkan pada 28 Disember 2010, senang dijaga dan tidak banyak kerenah.

Sejak kecil Puteri sudah didedahkan dengan bahan bacaan menyebabkan dia gemar melihat buku dan membaca dalam bahasa tersendiri. Apabila melihat gambar, mulutnya tidak putus-putus bersuara. Puteri juga suka melihat cermin dan akan membuat aksi dan mimik muka apabila melihat wajahnya sendiri.

Anaknya juga suka mendengar muzik dan akan menari mengikut alunan lagu.
Mungkin kecenderungan ini ada kaitan dengan Nurnahdatul yang juga guru muzik di sekolah.

"Selain meminati buku dan muzik, saya juga sering membawa Puteri keluar ke mana saja. Ini bagi mendedahkan dia dengan orang ramai, suasana bising dan panas supaya dia tidak kekok dan yakin. Sebab itu dia tidak takut dan mudah mesra dengan sesiapa saja," katanya.

Bagi mendapatkan anak yang cerdas dan pintar, ketika dalam kandungan, Nurnahdatul mengamalkan membaca al-Quran serta surah Yasin kerana amalan ini diakui sangat baik untuk perkembangan bayi.

"Walaupun dia sudah berusia sembilan bulan, saya masih mengamalkannya sehingga kini. Setiap pagi sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh, saya akan membacakan surah Yasin terlebih dulu," katanya.

Menurut Nurnahdatul lagi, Puteri langsung tidak mempunyai iras ibu dan bapanya tetapi banyak mengikut wajah neneknya iaitu Sharifah Johra Syed Rastan (sebelah suami) yang berdarah kacukan Arab dan Pakistan serta ibunya sendiri, Noridah Hanim Abdullah.

Kedua-dua mereka adalah insan paling gembira apabila cucu kesayangan mereka memenangi pertandingan ini.

Ditanya mengenai hadiah wang tunai yang dimenanginya, Nurnahdatul memberitahu, semua wang itu akan disimpan untuk pelaburan masa depan anaknya termasuk pembiayaan pengajian. Seperti ibu yang lain, besar harapan Nurnahdatul agar Puteri Nur Kamilia membesar menjadi anak yang sihat dan cergas serta membahagiakan ibu bapanya.

Pemenang kedua, Millen Teo Yuen Yee, 2, cahaya mata kepada Beh Fern Fern dan John Teo Jee Ghen memenangi hadiah wang tunai bernilai RM8,000 dan hamper Johnson RM800.

Beh mengetahui pertandingan ini menerusi rakan memandangkan dia sering menyertai pertandingan bayi comel sebelum ini.

Millen yang dilahirkan pada 6 Ogos 2009 sangat suka menari dan bermain silang kata bergambar. Dia juga sangat suka membaca buku dan gemar dibawa ke kedai buku.

"Sejak kecil saya sudah biasakan dia dengan kedai buku dan sering membacakan buku sebelum tidur. Tabiat ini terbawa-bawa sehingga sekarang," katanya.

Seperti ibu lain, Beh sangat prihatin pada pemakanan anaknya dan hanya memberi makanan berkhasiat agar dia kekal cergas sepanjang masa.

"Millen makan apa saja tetapi saya akan pastikan makanannya mengandungi nutrisi lengkap dan mengambil buah-buahan setiap hari. Dia juga gemar makan dadih serta nasi ayam bersama sup," jelasnya yang menyimpan semua hadiah wang tunai untuk pembelajaran Millen pada kemudian hari.

Tempat ketiga dimenangi Koemi Ooi Lee Yern, 2. Ibu kepada bayi comel yang berasal dari Kedah ini, Teow Sooi Yee menerima wang tunai RM5,000 serta hamper Johnson RM500.

Di samping itu, tujuh bayi antara 10 peserta akhir turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta hamper RM200. Bagi peserta separuh akhir, setiap mereka menerima hadiah wang tunai RM500 dan hamper RM100.

Menurut Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Malaysia, Soo Woon Yee, pertandingan bayi Johnson kali ini adalah meraikan ciri-ciri terbaik setiap bayi bukan saja mencari bayi paling comel tetapi mengutamakan ciri keseimbangan seperti kesihatan dan kecergasan.

Bayi yang berjaya mendapat tempat pertama diperiksa rapi pakar kanak-kanak dan pemilihan mereka berdasarkan kesihatan, kebijaksanaan berdasarkan tahap umur dan perkembangan mereka.

"Tiga pengadil dipilih dan mereka melihat kualiti khas seperti kelebihan pada senyuman yang menawan serta pergerakan menarik bayi," jelasnya.

Tambahnya, pertandingan ini menjadi platform bagi ibu bapa berkongsi rasa dengan si manja mereka. Ini kerana komitmen serta kesibukan ibu bapa menjejaskan kualiti bersama anak.

"Pertandingan ini adalah peluang keemasan bagi ibu bapa yang sibuk untuk meluangkan masa dengan anak. Kami berharap ketika mengambil gambar, ibu dan bayi akan bersama dan berseronok bagi mengeratkan kasih sayang antara mereka," kata Soo.

Digelar pertandingan bayi paling berprestij di Malaysia, pertandingan Bayi Johnson 2011 mendapat sokongan menggalakkan sejak bermula 19 tahun lalu. Untuk tahun ini, pertandingan berkonsepkan sentuhan kerabat diraja memandangkan setiap anak adalah putera dan puteri di mata ibu bapa. Oleh itu, Johnson Bayi memberi gelaran Putera dan Puteri bagi bayi bergelar juara.

Berkongsi pendapat mengenai pertandingan pada tahun hadapan, jelas Soo, bagi meraikan ulang tahun pertandingan ke-20, Johnson berharap lebih ramai ibu bapa serta bayi akan menyertai pertandingan ini.

Bayi yang akan memenangi Bayi Johnson 2012 nanti akan mencerminkan pencapaian Johnson dalam mengeratkan perhubungan antara ibu dan bayi Malaysia sejak 20 tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Manisan panna cotta

Posted: 18 Oct 2011 09:10 AM PDT

BAGI mereka yang ingin mencari kelainan, apa kata mencuba manisan panna cotta bersama mangga berkaramel yang enak dan lazat.

Menurut pemilik blog My Small Kitchen (www.hazila.blogspot.com), Zamzila Abu Bakar, 39, idea untuk menghasilkan resipi panna cotta ini selepas membuat rujukan daripada blogger luar negara dan membuat sedikit pengubahsuaian.

"Saya memang suka mencuba pelbagai jenis manisan kerana mudah, tidak mengambil masa yang lama dan boleh dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit," katanya.

Tambah Zamzila, sesiapa juga boleh menyediakan hidangan lazat asalkan tekniknya betul, bahan segar serta memasak dengan hati yang ceria.


Bagi mereka yang baru kali pertama mencuba hidangan panna cotta, cabarannya mungkin pada panna cotta yang lambat keras atau terlalu lembut.


"Apa yang boleh dilakukan ialah sejuk bekukan dulu bekas yang akan digunakan untuk mengisi panna cotta kerana ini sangat membantu," katanya yang mula mengumpul resipi sejak 2008 kerana teruja melihat rakan blogger mempunyai
resipi sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved