Selasa, 25 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mana tapak baru?

Posted: 24 Oct 2011 11:50 AM PDT

RAWANG: Lebih 10 bulan menunggu, pengusaha bengkel kereta dan kilang di Jalan Rawang-Tasik Puteri di sini, berharap kerajaan Selangor menyegerakan pemberian kawasan perniagaan baru kepada mereka selepas tapak asal diambil alih bagi menjalankan projek naik taraf jalan di situ sejak Mei lalu.

Difahamkan, kerajaan negeri sudah meluluskan untuk memberi dua kawasan kepada peniaga terbabit iaitu di Jalan Kundang dan Jalan Tasik Puteri, namun sehingga kini tiada arahan berpindah dikeluarkan.


Pengerusi Persatuan Peniaga Jalan Rawang-Tasik Puteri, A Balakrishnan, berkata mereka diberitahu permohonan sudah diluluskan Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) dan menunggu arahan berpindah dikeluarkan, tetapi sehingga kini tiada.

Katanya, mereka berharap proses itu dipercepatkan kerana ia membabitkan mata pencarian peniaga yang sepenuhnya bergantung kepada perniagaan.


"Ada pengusaha bengkel terpaksa menutup perniagaan mereka buat sementara waktu dan selebihnya menyewa di kawasan perniagaan berhampiran.


"Kami akur arahan kerajaan yang mengarahkan supaya berpindah untuk melebarkan jalan di kawasan berkenaan kerana naik taraf berkenaan demi kepentingan penduduk Rawang. Diharapkan kerajaan negeri juga faham dengan keperluan kami untuk menjalankan perniagaan bagi meraih pendapatan bulanan," katanya ketika majlis penyerahan wang pampasan oleh Kementerian Kerja Raya di Taman Idaman Rawang, di sini, semalam.

Wang pampasan disampaikan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk As'ari Ibrahim. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang, Abdul Shukur Idrus dan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah.


Sebanyak RM215,000 diperuntukkan sebagai pampasan kepada peniaga terbabit. Mereka yang memiliki ruang perniagaan melebihi 10,000 meter persegi menerima pampasan RM10,000 dan bagi keluasan kurang daripada itu, RM5,000.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri bekerjasama dengan memberi tapak baru kepada peniaga secepat mungkin bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan.


"Kerajaan sudah menyediakan pampasan kepada peniaga, sedangkan ketika kawasan itu dirobohkan kerajaan negeri tidak memberi sagu hati dan membiarkan peniaga terkontang-kanting. Pampasan sudah diberi dan kini peniaga mengharapkan kelulusan kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah baru," katanya.


Jun lalu Harian Metro melaporkan rungutan pengusaha kilang di kawasan terbabit yang terpaksa mengosongkan premis perniagaan mereka kerana projek naik taraf jalan sepanjang 1.6 kilometer bagi mengatasi kesesakan bermula di Tol Rawang hingga ke Rawang Idaman.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelanggan gerai berisiko dijangkiti penyakit

Posted: 24 Oct 2011 11:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Pada pandangan umum sekali pun jika masyarakat itu makan di tempat kotor, sudah tentu kehidupan diri mereka juga dianggap tidak bersih. "Makan makanan yang bersih dan sihat asas kepada iman kerana sifat budaya kotor amat ditegah khususnya kepada masyarakat Islam.

"Jangan jadi sampai bawa wabak penyakit kepada diri sendiri seolah-olah sudah terhantuk baru nak terngadah kerana kesan kesihatan tidak datang serta-merta," kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman ketika dihubungi, semalam.


Beliau mengulas laporan Harian Metro Jumaat lalu mengenai ada sesetengah pelanggan yang makan di kedai kotor, tetapi tidak mempedulikannya kerana tidak mendapat penyakit seperti keracunan makanan.

Dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa restoran sekitar Jalan Genting Kelang itu, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan dua notis penutupan dan enam kompaun kepada kedai yang terlalu kotor, malah tidak mengikuti standard ditetapkan.


Sementara itu, pelajar tahun akhir jurusan perniagaan di Queensland University of Technology, Syafiq Ismail, 25, berkata pihak berkuasa perlu memberi insentif kepada pengusaha kedai supaya mereka memperbaiki restoran. "Restoran atau gerai yang dikaitkan dengan masalah kebersihan lazimnya datang dari kedai yang dikategorikan sebagai kedai biasa kerana mungkin mereka tidak mempunyai kos yang cukup bagi memastikan kedai bersih.


"Dengan batuan selain daripada wang ringgit, pihak berkuasa boleh membelikan mereka cat, penyapu atau barang keperluan lain supaya keadaan kedai mereka itu bersih," katanya. Menurut kakitangan kerajaan, Zaimah, 37, untuk mengelakkan masyarakat daripada terus mengunjungi kedai makan yang kotor, pihak berkuasa perlu kerap mengadakan kempen atau iklan mengenai bahayanya makanan tidak sihat supaya pengguna sentiasa beringat masalah itu. "Buat iklan secara berterusan dan jangan ikut musim saja kerana pengguna selalu leka dengan promosi kedai makan terbabit.

"Jika makanan itu sedap, murah dan mudah didapati sudah tentu pelanggan tidak kisah untuk beli," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved