Harian Metro: Setempat |
Posted: 09 Oct 2011 09:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam bersama tiga rakannya yang merakam Ops Samseng Jalanraya di Jalan Gereja/Dataran Merdeka, di sini, semalam menerima padah apabila kamera videonya dirampas. Difahamkan, ketika Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur (U3K) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi itu, sebuah Perodua Myvi hitam yang dipandu seorang penjawat awam memasuki kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, kumpulan itu tidak bernasib baik apabila ditahan dalam sekatan jalan raya itu dan apabila disoal, penjawat awam terbabit pada mulanya menjawab dia tidak mengetahui mengenai tindakan rakannya itu, malah menafikan mereka membuat kesalahan.
"Selepas diberi amaran, kamera video itu diberikan balik bagaimanapun sekiranya kami mendapati rakaman terbabit disebarkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka," katanya selepas operasi berkenaan, semalam.
Ada juga pemandu kereta yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan bagi mengelak melalui kawasan sekatan tanpa menyedari pihak berkuasa bersedia di seluruh kawasan itu.
|
Peniaga dibelasah, kereta dilarikan Posted: 09 Oct 2011 09:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mendakwa kerugian hampir RM160,000 selepas dibelasah dan disamun sekumpulan empat lelaki di susur masuk ke Taman Desa, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux menuju Cheras.
"Mangsa, seorang ahli perniagaan, turun dari kenderaan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu dengan pemandu kereta terbabit.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan