Khamis, 13 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Mana baki RM135,000?

Posted: 12 Oct 2011 11:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kerugian lebih RM135,000 apabila mendakwa ditipu seorang lelaki yang mengaku ejen jual beli kereta terpakai ketika mahu menjual keretanya, 17 September lalu.

Difahamkan, mangsa, Hairulnizam Hamzah, 30, menyedari ditipu seminggu kemudian apabila gagal menghubungi lelaki yang dikenali sebagai Nazri, 40, bagi menuntut baki wang pembelian kereta BMW miliknya sebanyak RM135,000.


Menurutnya, dia hanya dibayar RM10,000 secara tunai oleh lelaki terbabit ketika datang mengambil kereta itu di rumahnya di Bandar Seri Permaisuri. "Saya ingin menjual kereta dan Nazri menawarkan diri untuk membeli seterusnya menyelesaikan segala dokumen memandangkan dia ejen jual beli kereta terpakai.

"Dia datang bersama seorang lagi lelaki bergelar 'Datuk' didakwa sebagai majikannya untuk mengambil kereta sambil mengarahkan saya mengisi dokumen pertukaran pemilik.


"Selepas seminggu menunggu, saya mula curiga dengan Nazri kerana tidak mendapat sebarang panggilan berkaitan proses jual beli berkenaan," katanya ketika ditemui di Wisma MCA.


Katanya, dia pergi ke pejabat Nazri di Kota Kemuning, Shah Alam, namun hampa apabila mendapati premis berkenaan berkunci dan seolah-olah sudah lama tak beroperasi.

"Saya risau pihak bank akan menyenarai hitam nama saya apabila tidak menjelaskan hutang pinjaman pembelian kereta berkenaan yang masih berbaki," katanya.


Sehubungan itu, Hairulnizam membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 27 September lalu.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Wilayah Persekutuan, Banie Chin, berkata setakat ini pihaknya menerima lebih dari 15 aduan berkaitan penipuan penjualan kereta terpakai.

Full content generated by Get Full RSS.

Akur pindah ke Bazaria Pantai

Posted: 12 Oct 2011 11:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peniaga di Bukit Angkasa akur apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memulakan operasi merobohkan premis perniagaan mereka sejak Jumaat lalu selepas notis arahan berpindah dikeluarkan.

Difahamkan, peniaga diarah berpindah secara berperingkat ke Pusat Penjaja Bazaria Pantai kerana dipercayai sudah menerima kunci premis baru berkenaan.


Walaupun ada peniaga gembira kerana lokasi baru itu menguntungkan mereka, ada juga yang mendakwa menerima kesan apabila mendapati kehilangan pelanggan di samping beberapa masalah lain.

Pekerja bengkel motosikal, Pheng, 53, berkata, walaupun gembira berpindah ke lokasi baru, ia agak tidak selesa.


"Keadaan gerai yang sempit menyebabkan kami terpaksa menggunakan kawasan parkir untuk dijadikan tempat membaiki motosikal. Kami tahu ia satu kesalahan, tetapi jika tidak berbuat demikian bagaimana mahu menjalankan perniagaan dengan ruang terhad.


"Bukan itu saja, kami juga terpaksa bekerja dalam keadaan panas kerana tidak disediakan ruang khas untuk dijadikan tempat membaik pulih kenderaan rosak," katanya ditemui semalam.

Peniaga makanan, Ahmad Fikri Hamdi, 25, berkata dia bimbang kehilangan pelanggan jika berpindah ke fasa kedua bazaria berkenaan yang dijangka beroperasi pada tahun depan.


Manakala bagi peniaga alat telekomunikasi, Meor Zainuddin Meor Ariffin, 22, berkata dia gembira sejak dua bulan berpindah ke tempat itu kerana mendapati perniagaannya semakin laris dan menjadi tumpuan penduduk dan pengguna di laluan berkenaan.

"Berbanding gerai dulu, agak sukar untuk kami mendapat pelanggan. Tetapi, sejak berpindah ke sini perniagaan semakin baik dan boleh dikatakan keuntungan berlipat kali ganda," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved