Harian Metro: Setempat |
Posted: 12 Oct 2011 11:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang peniaga kerugian lebih RM135,000 apabila mendakwa ditipu seorang lelaki yang mengaku ejen jual beli kereta terpakai ketika mahu menjual keretanya, 17 September lalu. Difahamkan, mangsa, Hairulnizam Hamzah, 30, menyedari ditipu seminggu kemudian apabila gagal menghubungi lelaki yang dikenali sebagai Nazri, 40, bagi menuntut baki wang pembelian kereta BMW miliknya sebanyak RM135,000.
"Dia datang bersama seorang lagi lelaki bergelar 'Datuk' didakwa sebagai majikannya untuk mengambil kereta sambil mengarahkan saya mengisi dokumen pertukaran pemilik.
"Saya risau pihak bank akan menyenarai hitam nama saya apabila tidak menjelaskan hutang pinjaman pembelian kereta berkenaan yang masih berbaki," katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Wilayah Persekutuan, Banie Chin, berkata setakat ini pihaknya menerima lebih dari 15 aduan berkaitan penipuan penjualan kereta terpakai. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 12 Oct 2011 11:19 AM PDT KUALA LUMPUR: Peniaga di Bukit Angkasa akur apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memulakan operasi merobohkan premis perniagaan mereka sejak Jumaat lalu selepas notis arahan berpindah dikeluarkan. Difahamkan, peniaga diarah berpindah secara berperingkat ke Pusat Penjaja Bazaria Pantai kerana dipercayai sudah menerima kunci premis baru berkenaan.
Pekerja bengkel motosikal, Pheng, 53, berkata, walaupun gembira berpindah ke lokasi baru, ia agak tidak selesa.
Peniaga makanan, Ahmad Fikri Hamdi, 25, berkata dia bimbang kehilangan pelanggan jika berpindah ke fasa kedua bazaria berkenaan yang dijangka beroperasi pada tahun depan.
"Berbanding gerai dulu, agak sukar untuk kami mendapat pelanggan. Tetapi, sejak berpindah ke sini perniagaan semakin baik dan boleh dikatakan keuntungan berlipat kali ganda," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan