Khamis, 20 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kempunan RM350,000

Posted: 19 Oct 2011 09:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sekumpulan enam orang termasuk seorang wanita yang menculik seorang ahli perniagaan untuk mendapat wang tebusan RM350,000 berputih mata apabila dicekup dalam tempoh tiga jam selepas membebaskan seorang ahli perniagaan yang diculik mereka 12 jam lebih awal di Selayang, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun dan memiliki premis perniagaan insurans di Jalan Kuching, di sini, baru saja menghantar anaknya ke sekolah rendah sebelum berjoging di kawasan berdekatan rumahnya di Batu Caves.


Sumber berkata, ketika dalam perjalanan pulang, dia didatangi lima lelaki bersenjatakan parang dan pistol di hadapan rumahnya sebelum memaksanya menaiki sebuah Proton Wira.

"Mangsa dilarikan ke kawasan Taman Metro Prima, Kepong dan disembunyikan dalam kereta berkenaan sehingga jam 10 pagi di kawasan tempat letak kereta di perumahan itu.


"Selepas yakin diri mereka tidak diekori, kumpulan itu membawa mangsa ke sebuah unit rumah flat di kawasan perumahan berkenaan sebelum mangsa dipukul kerana enggan memberikan nombor telefon keluarga terdekatnya," katanya.


Menurutnya, selepas memperoleh nombor telefon isteri mangsa, kumpulan terbabit menghubungi wanita itu meminta wang tebusan RM350,000 jika mahu suaminya dibebaskan dengan selamat.

Katanya, sebaik menerima panggilan daripada kumpulan itu, isteri mangsa menghubungi polis kerana bimbang keselamatan suaminya.


Beliau berkata, dari jam 3 petang hingga 7 malam pada hari kejadian, kumpulan itu menukar tiga lokasi untuk isteri mangsa menyerahkan wang tebusan bagi mengelak dikesan polis.

"Bagaimanapun, selepas mereka mengetahui isteri mangsa membuat laporan polis, kumpulan itu membebaskan mangsa tanpa mengambil wang tebusan jam 7 malam di tepi jalan di Kepong.


"Hasil maklumat diberikan mangsa, kumpulan itu berjaya dijejaki.


"Pada jam 10 malam, lima lelaki dan seorang wanita berusia 20-an dicekup di sekitar Kepong, namun ketika ditahan polis tidak menemui sebarang senjata," katanya.


Sumber berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Semalam, kira-kira jam 10 pagi, enam suspek dibawa ke Mahkamah Selayang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mangsa berjaya diselamatkan.


Katanya, sidang media akan diadakan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.

Full content generated by Get Full RSS.

4 lokasi panas denggi

Posted: 19 Oct 2011 09:49 AM PDT

PETALING JAYA: Empat lokasi dikenal pasti sebagai 'kawasan panas' oleh Kementerian Kesihatan kerana mencatatkan kes demam denggi tertinggi sehingga menyebabkan kematian dan dijangka terus meningkat dengan kedatangan musim hujan tidak lama lagi.

Empat lokasi itu adalah dua dari daerah Hulu Langat iaitu Flat Pandan Perdana dengan 10 kes dan Pangsapuri Taman Bukit Mewah dengan empat kes serta dua lokasi lain dari Kuala Lumpur iaitu Kondominium Bintang Mas dengan 11 kes di zon Cheras dan Kondominium Corenthian dengan sembilan kes di zon Pusat Bandar.


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata, kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi lebih berpotensi mendapat penyakit denggi dan jika tiada langkah pencegahan diambil, kes itu akan terus meningkat.

"Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada dua kematian akibat denggi minggu lalu dan jika dapat dihapuskan pada peringkat awal, ia dapat menghalang penyakit itu daripada merebak," katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Ridsect CSR Aedes Advise Mission Activity, di Pangsapuri Blok A Impian Baiduri, di sini, semalam.


Pengarah Kawasan Asean SC Johnson, Miguel Angel De Gracia berkata, mereka ingin menekankan kepada masyarakat mengenai pentingnya mengambil langkah proaktif menentang Aedes untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan jiran tetangga.

Seramai 50 kakitangan syarikat pemilik jenama racun serangga itu mengambil masa setengah hari menziarahi penghuni pangsapuri terbabit dengan memberi produk mereka dan risalah sebagai ingatan supaya berjaga-jaga dengan masalah itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved