Harian Metro: BeritaUtama |
‘Suamiku luar tabii’ Posted: 01 Nov 2011 03:34 PM PDT KLANG: "Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya. "Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay," rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.
"Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya," katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.
Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.
"Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. "Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat," katanya.
|
Posted: 01 Nov 2011 03:34 PM PDT KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan parang dan pistol bertindak nekad merompak dua bank berasingan pada jarak lapan kilometer dalam tempoh lebih lima jam membabitkan kerugian lebih RM69,000, semalam. Dalam kejadian pertama jam 10 pagi di Jalan Metro Pudu, di sini, dua lelaki terbabit melarikan wang tunai RM44,000.
"Rakan suspek yang mengekori suspek pertama mengacukan pistol ke arah seorang lagi pekerja dan mengarahkan mereka memberikan kerjasama.
"Dua suspek dilapor hanya mengambil masa kurang tiga minit sebelum melarikan diri," katanya.
Difahamkan, dua suspek terbabit melakukan satu lagi rompakan di sebuah bank di Taman Saujana Cheras, di sini lima jam kemudian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan