Rabu, 2 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gempar pawagam terbakar

Posted: 01 Nov 2011 03:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam.

Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hamid Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.22 tengah hari sebelum sebuah jentera dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal.


Menurutnya, ketika kejadian, pawagam berkenaan kosong.


Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Full content generated by Get Full RSS.

2 lelaki ditahan

Posted: 01 Nov 2011 03:15 PM PDT

KAJANG: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes samun sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin.

Kedua-dua suspek terbabit ditahan di Bandar Damai Perdana, di sini pada jam 7.45 malam selepas menerima laporan daripada seorang warga Nepal yang cuba disamun suspek pada jam 6 petang.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kedua-dua suspek berusia 15 dan 17 tahun ditahan bersama sebuah motosikal yang dipercayai digunakan untuk melakukan samun di kedai berkenaan.

Ketika ditahan, suspek menggunakan motosikal milik bapa seorang daripada mereka dengan nombor pendaftaran dipatahkan bagi mengelirukan polis.


"Polis turut merampas dua topi keledar milik suspek yang diubah suai dengan meletakkan besi di kiri dan kanan topi keledar berkenaan dipercayai digunakan untuk memukul mangsa mahupun memecahkan cermin kereta.


"Mangsa dan ahli keluarganya diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk membuat pengecaman suspek hari ini (semalam) selain polis mengambil keterangan berhubung kes berkenaan," katanya.

Ab Rashid berkata, polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan percaya dengan penahanan suspek, beberapa kes samun dan ragut di Kajang diselesaikan.


Suspek kini direman tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.

Harian Metro semalam melaporkan tiga beranak yang mengusahakan sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras ditetak bertubi-tubi oleh tiga lelaki menggunakan parang, Rabu lalu.


Akibat tetakan itu, pemilik kedai berusia lewat 40-an menerima 10 jahitan di kepala, isterinya berusia awal 40-an menerima lapan jahitan di kedua-dua tangan manakala anak lelakinya berusia 19 tahun menerima enam jahitan di kepala.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved