Rabu, 2 November 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Seluar denim berteknologi Jepun hanya RM31!

Posted: 02 Nov 2011 07:28 AM PDT

PERASAAN memang teruja ketika menghadiri pembukaan gedung pakaian Uniqlo terbesar dunia di 5th Avenue, New York. Ia bukan hanya disebabkan terpikat dengan ribuan pakaian yang disusun rapi mengikut ton warna dan rekaan menarik di dalamnya, tetapi melihat kesanggupan ratusan penduduk kota metropolitan itu beratur panjang dalam hujan gerimis untuk bersama-sama merasakan kemeriahan di gedung baru itu.

Apa yang menarik sangat sehingga ramai sanggup berhujan? Semuanya. Sebagai gedung terbesar dengan keluasan 8,268 meter persegi (89,000 kaki persegi), ia membariskan semua produknya dalam pelbagai ton warna pada harga mampu milik.
Sebut saja produk Uniqlo yang anda ingini, semuanya ada di sini. Kemeriahan itu mungkin dirangsang dengan kehadiran pelakon terkenal, Susan Sarandon pada majlis perasmian.


Dari tingkat satu, tangga bergerak akan terus membawa pengunjung terus ke tingkat tiga. Dalam perjalanan singkat ini pengunjung dihidangkan dengan deretan patung yang boleh berpusing - menggayakan pakaian Uniqlo. Di tepi dinding, dalam lif kaca diletakkan patung bergaya yang akan turun naik secara bergilir-gilir - dan menariknya ia juga boleh dilihat dari luar.

Menurut Pengurus Pemasaran Rantau Eropah, Jean-Emmanuel Shein, rekaan hiasan dalaman yang mendapat sentuhan pelbagai pakar termasuk perunding gaya penyanyi tersohor Lady Gaga, Nicola Formechitti, itu bertujuan memberikan ilham kepada pengunjung cara kreatif menggayakan barangan Uniqlo.

Namun, tentu saja, semua orang bebas mencipta gaya tersendiri mengikut cita rasa, kesesuaian acara dan cuaca di negara masing-masing. Pakaian yang dikenakan pada patung hanya sebagai panduan kerana ramai bertanya cara menggayakan jenama Uniqlo walaupun rekaannya sesuai untuk semua peringkat umur.

Antara tarikan utama ke gedung itu adalah tawaran seluar denim berteknologi Jepun lelaki dan perempuan yang dijual pada harga RM31 saja! Pun begitu yang paling menarik adalah rangkaian produk Heattech terutama jaket Ultra Light Down yang sangat ringan (hanya seberat 199 gram setiap helai) atau bersamaan dengan berat tiga biji telur.

Walaupun ia boleh digulung kecil (sehingga sebesar payung yang boleh dilipat) dan sangat ringan, ia mampu memanaskan badan khususnya pada penghujung musim luruh apabila suhu menjadi semakin sejuk antara 10 hingga 15 darjah Celsius.

Fabriknya lembut dan sangat selesa. Ia berfungsi dengan 'menyimpan' udara dan haba dari badan supaya badan si pemakai akan kekal hangat. Ia sangat sesuai untuk dibawa ketika mengembara atau bercuti pada musim yang agak sejuk.

Heattech adalah revolusi tekstil Jepun untuk mengatasi rasa tidak selesa akibat suhu sejuk. Produk Heattech direka menggunakan fabrik akrilik rayon dan poliester dengan teknologi mampu menyimpan haba di celah helaian benangnya.

"Heattech adalah kejayaan terbesar kami setakat ini. Ia mendapat sambutan hangat di semua cawangan Uniqlo di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada 2005.
Setiap dua tahun kami akan perbaiki teknologi Heattech untuk meningkatkan kualiti supaya ia lebih mudah diterima.

"Bagi di negara yang beriklim panas, ada produk kami yang sesuai contohnya kemeja-T. Ia menggunakan fabrik bermutu tinggi yang dapat menyerap peluh dengan baik dan cepat kering. Malah ia juga sesuai dipakai oleh orang yang aktif bersukan," kata Pengurus Rekaan dan Penyelidikan Pembangunannya, Yuki Katsuda.

Untuk mereka yang gemar melancong ke luar negara pada musim yang agak sejuk, bolehlah menimbangkan untuk memiliki baju panas Kashmir yang didatangkan dalam 25 spektrum warna. Kashmir adalah benang bulu kambing yang sangat halus berukuran 14.5 hingga 16.5 mikron dan lebih halus daripada rambut (80 mikron).
Sifat inilah yang membolehkan ia memerangkap udara dan memanaskan badan, tetapi lebih penting, ia dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Pada pembukaan gedung baru ini juga Uniqlo memperkenalkan produk yang sangat menarik di bawah Projek Innovasi Uniqlo (UIP) terdiri daripada jaket Block Tech Mountain Parka, kemeja-T Warm Effect Dry Half Zip dan seluar Warm Effect Dry (untuk perempuan) dan jaket Sport Body Warm Lite Down Parka; seluar pendek Warm Up dan Seluar Warm Effect Dry untuk lelaki - direka khusus bagi mereka yang aktif, kata Katsuda.

Produk UIP (18 produk untuk wanita dan 16 produk untuk lelaki) ini memberi penekanan kepada prestasi fabrik supaya ia bukan sekadar lasak tetapi selesa dipakai dan dapat diterima dengan baik di seluruh dunia. Jaket parka wanita contohnya dibuat daripada fabrik khas Block Tech di mana lapisan luar dilapik dengan lapisan kalis angin dan air tetapi pada masa sama tidak menyimpan lembapan.

Zip pada Track Full Zip Long Sleeve Hoodie pula sangat istimewa kerana ia bukan saja kalis air tetapi boleh direntap kuat untuk membukanya.

"Oleh kerana ia kalis air, maka ia sangat sesuai dipakai untuk aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau masuk hutan. Ia juga sesuai digunakan oleh ahli sukan kerana tahan lasak.

"Memang Uniqlo ada banyak teknologi menarik yang dibangunkan daripada teknologi sebelumnya. Kami cuba memperkenalkan sesuatu yang baru dengan memperbaiki dan menukar teknologi sedia ada namun rekaan produk kami masih berteraskan kepada konsep ringkas.

"Saya fikir Uniqlo boleh menjadi asas atau saluran untuk semua orang mencipta gaya sendiri. Mereka boleh gabungkan produk kami dengan jenama lain dan inilah sebabnya rekaan Uniqlo perlu ringkas supaya ia boleh menjadi pelengkap kepada produk lain. Malah kalau bijak memadankan pakaian, ia boleh menceriakan penampilan," katanya lagi.

Selain itu penggunaan tangga LED yang bertukar cahaya dari semasa ke semasa dan skrin iklan Uniqlo turut menjadikan gedung baru ini unik serta lebih ceria.
Buat pertama kalinya, alat pengesan mudah alih diperkenalkan untuk mengetahui stok yang ada apabila ketiadaan saiz tertentu di rak jualan dan cara ini membuatkan pelanggan tidak perlu menunggu lama bagi mendapatkan barang dikehendaki.

Seminggu selepas pembukaan gedung di 5th Avenue, Uniqlo membuka cawangan kedua terbesar di dunia di 34th Street - dua lokasi beli-belah terkemuka di dunia selepas kejayaan cawangan di Soho yang dibuka pada 2006.

Untuk dua gedung ini, Uniqlo mengambil 1,300 pekerja sejak April lalu dan 50 daripadanya diterbangkan khas ke Jepun untuk dilatih sebagai pengurus dan mendalami 'jiwa' syarikat pakaian yang mula beroperasi pada 1984 itu.

Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Uniqlo Amerika Syarikat, Shin Odake cabaran besar untuk memastikan syarikat itu terus berada di hadapan ialah mempunyai tenaga kerja terlatih, cekap dan mesra pelanggan.

Harapan Uniqlo untuk membuka 20 cawangan setahun di Amerika dan menjadikannya jenama pilihan keluarga bukanlah satu angan-angan apatah lagi dengan adanya pelbagai produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Malah ia turut menjadi pilihan sebagai pakaian harian kegemaran Susan Sarandon yang terus terang menyenangi jenama Uniqlo.

Full content generated by Get Full RSS.

Kesan semula jadi, dramatik

Posted: 02 Nov 2011 06:54 AM PDT

AURA dan keyakinan diri pasti terserlah dengan kemewahan koleksi warna solekan terbaru daripada Enuca.

Koleksi terbaru Eye Essential Quad, Nourishing Lipcolor SPF18 dan Royal Shine Lip Gloss itu menampilkan palet warna edisi terhad untuk mata, gincu dan pengilat bibir.

Rangkaian warna menarik itu dihasilkan bagi memberi kesan solekan yang lebih semula jadi dan boleh menjadi dramatik serta tampak begitu mewah
di mata orang ramai.

Timbalan Presiden Kajian, Pembangunan dan Akademi Enuca Sdn Bhd, Julie Wong, berkata penggunaan koleksi berkenaan berkesan menonjolkan kelebihan wajah dan sekali gus menenggelamkan kekurangan diri.

"Contohnya, mata akan kelihatan lebih bermaya dengan olesan pembayang mata warna lembut dan terang pada kelopak mata.

"Selain itu, mata yang sepet akan tampak galak bersinar dengan paduan warna solekan mata 'smokey' atau hanya dengan menerusi sapuan bayangan saja, wajah yang bulat akan terlindung menjadi lebih bujur," katanya.

Menurut Julie, koleksi warna solekan itu sesuai untuk semua jenis kulit, tidak kira gelap mahupun cerah.

Untuk solekan mata, palet warna menampilkan gabungan empat rona pembayang mata dalam satu bekas menarik sesuai digunakan untuk solekan seharian, majlis makan malam atau rasmi.

"Untuk solekan seharian seperti ke pejabat contohnya, anda boleh menggabungkan rona pembayang mata berwarna coklat dan keemasan dalam palet Sunset yang mampu menyerlahkan lagi mata supaya tampak cantik, semula jadi dan lebih bermaya.

"Lebih menyerlah, gunakan pemerah pipi koleksi Velvety Blush Duo, yang datang dalam dua palet Peach dan Rosy.

"Harus diingat rona pemerah pipi yang lebih gelap perlu dipakai di hujung tulang pipi manakala warna lembut di sekitar tulang pipi," katanya.

Untuk mendapatkan solekan bibir yang lebih menawan pula, terdapat enam rona menarik boleh dicuba iaitu Honey Bunny, Coral Craze, Cool Coco, Berry Blush, Mega Melon dan Raspberry Rich. Ia mengandungi vitamin E dan kolagen yang bertindak melembutkan bibir sekali gus membuatkan bibir kelihatan lebih mungil.

"Sebelum mengakhiri solekan, jangan lupa menyapu pengilat bibir kerana ia membantu melindungi, melembapkan serta mengekalkan solekan bibir supaya tahan lebih lama.

"Pengilat bibir Enuca ini boleh didapati dalam enam rona iaitu Priceless Pink, Red Carpet, Wine Dine, Never Nude, Golden Glow dan Coco Haven," katanya.

Ikuti panduan mudah langkah demi langkah solekan ringkas seharian yang lebih semula jadi bagi menampakkan mata lebih bermaya menggunakan koleksi terbaru Eye Essential Quad, Nourishing Lipcolor SPF18 dan Royal Shine Lip Gloss daripada Enuca.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved