Isnin, 7 November 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Hilang nyawa dimamah lif

Posted: 06 Nov 2011 12:32 PM PST

KOTA KINABALU: Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.

Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.


Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Dugaan lepas solat

Posted: 06 Nov 2011 12:30 PM PST

PENDANG: "Selepas solat sunat Aidiladha tiba-tiba arwah memeluk saya sebelum meninggalkan surau dengan menunggang motosikal bersama dua rakannya.

"Saya sangka dia pergi berhari raya, tak sangka pula dia pergi mandi sungai," kata Idris Mat Hashim, 49, bapa kepada Mohd Shahrol Nizam, 11, yang mati lemas di Sungai Rambai Kampung Lubuk Batu, Kubur Panjang, di sini, semalam.


Mayat murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang itu ditemui tersangkut pada pintu air sungai itu kira-kira jam 1 tengah hari.

Sebelum kejadian, Mohd Shahrol Nizam bersama dua rakan sebayanya pergi ke Sungai Rambai, kira-kira satu kilometer dari rumahnya untuk mandi selepas selesai solat sunat Aidiladha di surau Kampung Lubuk Batu.


Idris berkata, mangsa juga anak bongsu memang manja dengannya tapi dia agak terkejut apabila tiba-tiba anaknya itu memeluknya ketika masih berada di surau.


"Namun, saya tidak terfikir langsung sebarang petanda buruk kerana dia tidak memberitahu mahu pergi ke mana. Ketika itu kami baru selesai solat, jadi saya sangka dia pergi berhari raya di rumah rakan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam.

Menurut Idris, beberapa jam kemudian ketika berehat di rumah, dia dikejutkan dengan kedatangan dua rakan Mohd Shahrol yang bersamanya sebelum itu, memberitahu anaknya lemas di Sungai Rambai yang sedalam lebih dua meter itu.


"Saya bergegas ke sungai berkenaan dan mendapati Mohd Shahrol sudah diangkat ke atas tebing oleh rakannya," katanya.

Idris berkata, Mohd Shahrol memang kerap mandi sungai di sekitar kampung itu bersama rakannya dan dia juga tidak bimbang kerana anaknya pandai berenang.


Katanya, dia membawa Mohd Shahrol ke Klinik Kesihatan Kubur Panjang sebelum anaknya itu disahkan sudah meninggal dunia. Jenazah Mohd Shahrol dibawa dengan kenderaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ke HSB, Alor Setar untuk dibedah siasat.


"Buat masa ini saya tidak tahu sama ada Mohd Shahrol mati akibat lemas atau kerana tersangkut pada besi pintu air kerana terdapat kesan lebam pada muka dan sebahagian badannya dipercayai terkena besi pintu air itu.


"Kejadian ini amat menyedihkan dan tidak disangka-sangka, namun saya reda ketentuan Ilahi menguji saya pada Aidiladha ini," katanya.


Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Batu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan kejadian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved