Ahad, 13 November 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Hidup bagai buruan

Posted: 12 Nov 2011 11:48 AM PST

KUALA LUMPUR: Melihatkan rupa cantik menawan, badan melentuk dan kulit gebu melepak, dia tanpa berfikir panjang menerima pelawaan cinta seorang wanita.

Lebih meyakinkan, wanita berusia 20-an itu mengaku masih anak dara dan baginya, itu ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

Namun, kerana terlalu taksub dengan kesempurnaan fizikal seorang wanita, hidup Hashim Musthoda, 40, (bukan nama sebenar) umpama buruan kerana 'anak dara' itu rupa-rupanya isteri orang, malah memiliki seorang cahaya mata.

"Saya mengaku melakukan hubungan terlarang tetapi tidak menyangka dia yang mengaku anak dara rupa-rupanya isteri orang.


"Akibatnya, hingga ke hari ini hidup saya tidak keruan kerana sering diugut dan difitnah kononnya cuba menyimbah asid dan melarikan wanita itu, selain kerugian ribuan ringgit.


"Lebih memburukkan keadaan, dia mendakwa mengandung hasil hubungan dengan saya dan pada masa sama suaminya enggan bersemuka, namun mereka membuat laporan konon saya mengancam keselamatan keluarga itu, menyebabkan saya hidup umpama buruan," kata Hashim.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Maut kereta langgar pokok

Posted: 12 Nov 2011 11:46 AM PST

YAN: Usaha seorang bapa, Eiew Gin Geok, 53, mencari anak lelakinya yang tidak tiba ke rumah walaupun sudah memaklumkan dia dalam perjalanan pulang berakhir hiba apabila anaknya ditemui meninggal dunia dan tersepit dalam keretanya yang terbabit kemalangan di Batu 13, Jalan Alor Setar — Sungai Petani, dekat Bukit Besar, di sini, awal pagi semalam.

Eiew Eng Khoon, 28, buruh dari Kampung Sungai Limau Luar, di sini, antara tiga yang terkorban dalam kejadian jam 2.45 pagi itu apabila kereta Proton Satria Neo dipandunya bersama tiga rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum merempuh sebatang pokok.


Dua lagi mangsa ialah rakannya, Ooi In Too, 47, dan seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai dirempuh kereta terbabit sebelum terbabas.

Dalam pada itu, dua lagi rakan mangsa iaitu dua wanita warga Myanmar, Lee Pa Mei, 30, dan Man Shut Kiy, 31, yang duduk di tempat duduk belakang kereta terbabit, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.


Gin Geok berkata dia menghubungi Eng Khoon jam 2 pagi semalam selepas mangsa keluar bersama rakannya ke Simpang Empat, Alor Setar, malam kelmarin.


"Dia kerap keluar malam dan pulang lewat. Malam tadi (kelmarin) dia tidak pulang-pulang walaupun sudah jauh malam. Saya menghubunginya dan dia mengatakan dalam perjalanan dan hampir tiba ke rumah kami di Kampung Sungai Limau Luar.

"Namun, selepas hampir sejam dia belum tiba, saya mula rasa tak sedap hati. Saya kemudian meminta dua saudara saya menemani saya mencari Eng Khoon," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Yan, di sini, semalam.


Gin Geok berkata, selepas 10 minit memandu dari rumah, mereka terserempak dengan satu kemalangan dan dia merasakan nahas itu membabitkan anaknya.

"Kebimbangan saya menjadi kenyataan apabila melihat Eng Khoon yang tidak bernyawa tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.


Dalam pada itu, anak perempuan Ooi, Ketty Ooi, 24, ketika ditemui berkata, kali terakhir dia menghubungi bapanya minggu lalu untuk bertanya khabar.


Dia yang tinggal di Pulau Pinang berkata, bapanya tinggal bersendirian di Sungai Daun, di sini, selepas berpisah dengan ibunya beberapa tahun lalu manakala adik perempuannya, Ooi Zi Ting, 13, tinggal bersama ibu mereka di Alor Setar.


"Zi Ting pernah memberitahu saya, bapa kami merancang membawa kami dan ibu pergi bercuti pada musim cuti sekolah," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu berkata, mangsa dalam perjalanan dari Alor Setar ke rumahnya di Sungai Limau Dalam sebelum terbabas dan merempuh pokok di lokasi kejadian.


"Kita masih menyiasat punca kemalangan dan setakat ini, kita percaya kereta terbabit merempuh seorang lelaki dipercayai Melayu sebelum terbabas," katanya.


Beliau berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki terbabit selain mayat mangsa sukar dikenali berikutan cedera teruk di kepala.


Katanya, semua mangsa mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Yan, di sini untuk bedah siasat.


Menurutnya, polis juga menyiasat hubungan mangsa dengan dua wanita Myanmar terbabit yang nama mereka tercatat pada cebisan kertas dalam kereta berkenaan.


Sehubungan itu, orang ramai yang melihat kejadian atau yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Inspektor Ahmad Salimi Md Ali di talian 04-4655222.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved