Ahad, 13 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Penoreh maut

Posted: 12 Nov 2011 07:39 AM PST

JASIN: Seorang penoreh getah maut selepas diserang sekumpulan lebah tualang ketika menoreh di kebunnya di Kampung Tanah Pinggir Meriang dekat Asahan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, Ameen Md Tahir, 33, dipercayai diserang ketika baru tiba di kebun getah milik keluarganya yang terletak sembilan kilometer dari kediaman mentuanya di Kampung Pondok Batang, di sini.


Ameen diselamatkan anak saudaranya, Mohd Azri Abdullah, 31, yang tiba di tempat kejadian untuk membantunya menoreh dengan membonceng mangsa untuk membawanya keluar daripada kawasan kebun pada jarak 4.5 kilometer sebelum dibawa menaiki kereta penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Simpang Bekoh, di sini.

Difahamkan, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke klinik 15 kilometer dari tempat kejadian.


Menceritakan detik cemas berkenaan, Mohd Azri berkata, sebelum kejadian bapa saudaranya singgah di rumah neneknya di Kampung Abbey, di sini, untuk mengajaknya ke kebun dan dia hanya bertolak lima minit selepas itu.


Katanya, setibanya di kawasan kebun getah yang terletak jauh dari kediaman penduduk itu, dia turut diserang dan dikerumuni serangga berbisa itu lalu memecut ke bahagian atas kebun sebelum ternampak motosikal Ameen.

"Saya nampak di bahagian bawah kebun arwah menyiram badannya dengan air yang diceduk dari tong dram dan saya terus ke arahnya sambil diserang lebah.


"Dalam keadaan panik dan kelam kabut untuk menyelamatkan diri, saya cuba masuk ke dalam tong tetapi airnya sedikit dan masih diserang lebah sebelum mengajak arwah menaiki motosikal untuk meninggalkan tempat itu.

"Saya terus memecut sehingga lebih 500 meter dan ketika itu baru lebah tidak mengejar kami, namun arwah kelihatan lemah.


"Saya meneruskan perjalanan sebelum menahan sebuah kereta dipandu penduduk kampung untuk menghantar bapa saudara saya ke klinik," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Mohd Azri berkata, ketika tiba di klinik, dia mendapat tahu bapa saudaranya sudah meninggal dunia.


Katanya, ketika kejadian, lebah terlalu banyak dan saiznya besar dipercayai jenis lebah tualang.


"Saya turut cedera kesan sengatan lebah di belakang, tangan dan kepala," katanya.


Sementara itu, isteri mangsa, Azizah Muhammad, 31, berkata, dia mendapat panggilan daripada kakak iparnya jam 3.50 petang ketika bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dengan memaklumkan suaminya diserang lebah.


Katanya, dia bergegas pulang dan ketika memandu dan tiba di Kampung Parit Keliling, anak saudaranya menghubungi memberitahu suaminya sudah meninggal dunia dan berada di Klinik Kesihatan Simpang Bekoh.


"Saya terus ke klinik dan sempat melihat jenazah suami di situ. Kali terakhir saya menemuinya jam 7.30 pagi sebelum bertolak ke tempat kerja dan ketika itu arwah dengan serius bertanya anak sulung kami, Amylia Nuralissa, 5, siapa paling dia sayang sebelum dia (Amylia) menjawab dia sayang semua.


"Arwah juga sebelum ini kelihatan ceria sejak beberapa hari sebelum kejadian dan sempat makan malam bersama (malam kelmarin)," katanya yang bertugas sebagai kerani kakitangan awam.


Allahyarham Ameen yang juga anak ke-10 daripada 11 adik beradik turut meninggalkan anak bongsu lelakinya, Amsyar Rayyan berusia lapan bulan dan pasangan berkenaan sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.


Jenazah dikebumikan jam 10.30 pagi di Kampung Abbey, semalam.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Katanya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut.

Full content generated by Get Full RSS.

Bapa rayu penceroboh tak rogol anak

Posted: 12 Nov 2011 07:36 AM PST

JEMPOL: Seorang bapa yang tidak mampu bergerak kerana sakit buah pinggang hanya mampu merayu kepada penjenayah yang cuba merogol anaknya dalam kejadian di Ladang Gaddes, di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi Jumaat minggu lalu, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah keluarga terbabit dan berpura-pura ingin memberitahu perkara penting.


Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, ketika kejadian mangsa berusia 15 tahun berada bersama bapanya berusia 60-an manakala ibunya keluar bekerja.

Katanya, lelaki itu memberitahu ingin berjumpa mangsa, namun gadis itu dikatakan enggan membuka pintu kerana tidak mengenali suspek.


"Bagaimanapun, selepas terpedaya dengan tipu daya lelaki terbabit, mangsa akhirnya membuka pintu rumah sebelum suspek meluru ke arah mangsa dengan cuba memegang tangannya.


"Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan dan gadis terbabit menolak suspek yang cuba merogolnya," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, bapa remaja itu pula tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak, bagaimanapun mangsa akhirnya dapat melepaskan diri selepas menjerit.


Mohd Sabri berkata, jeritan itu menyebabkan suspek melarikan diri dan mangsa membuat laporan tidak lama selepas kejadian.

"Polis giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved