Jumaat, 25 November 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Gabung unsur tradisi, moden

Posted: 25 Nov 2011 02:08 PM PST

MELANGKAH penuh gaya di pentas peragaan, lima model dengan lima persalinan bertukar ganti. Masing-masing dengan rekaan unik menepati tema Pesona Timur bersempena Festival Fesyen Islam 2011 (IFF) yang diadakan di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Kehadiran 12 pereka Muslimah yang bernaung di bawah Persatuan Usahawan dan Pereka Busana Muslim Malaysia (Amaed) nyata memberi nafas baru kepada pengertian rekaan fesyen itu sendiri. Tanpa meninggalkan ciri-ciri Muslimah, semua pereka tampil dengan idea serta gaya tersendiri sama ada daripada segi potongan, perhiasan serta fabrik digunakan.

Apa yang nyata dalam keghairahan pereka menghasilkan persalinan, gabungan unsur tradisi dan moden menjadi panduan dalam menterjemahkan gaya Timur yang tentunya unik dan berada dalam kelas tersendiri.

Walaupun ada antara busana yang terlalu kompleks dan tidak mampu dipakai wanita, namun pertunjukan fesyen ini menjadi garis panduan bagi mereka menzahirkan rekaan mengikut idea serta kreativiti sendiri.


Lima persalinan daripada pemilik Galeri Muslimah, Nora Shikien Zakaria, menonjolkan konsep tradisi Empayar Maharaja. Dia yang baru kali pertama menyertai IFF teruja kerana dapat menzahirkan rekaan terkini bersesuaian tema Pesona Timur. Pilihannya adalah fabrik broked bersama campuran sutera dan sifon bagi memberikan impak berbeza.


"Bagi mengetengahkan unsur kepahlawanan, sengaja saya memilih fabrik broked dengan sentuhan elemen batu permata seperti jed yang diletakkan pada baju," katanya.

Kebanyakan baju diberi potongan kaftan serta jaket pada warna meriah seperti keemasan, merah, hitam dan kelabu.

Menurut Nora, pertunjukan fesyen IFF yang Shikien mengetengahkan ramai pereka baru memberi pengalaman kepada pereka menghasilkan rekaan bersifat antarabangsa. Secara tidak langsung, industri fesyen terutama busana Muslimah berkembang pesat dan memberi pandangan berbeza kepada masyarakat bukan Islam.

Najjah yang mengetengahkan konsep Puteri Milineum Timur tampil berbeza dengan lima persalinan moden menggabungkan unsur tradisi masyarakat Timur.

Menurut Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, dia sengaja memilih unsur moden kerana ingin tampil berbeza dan nampak menyerlah.

"Saya memilih unsur moden kerana inginkan kelainan dengan pereka lain yang mengetengahkan unsur tradisional seperti pakaian Korea atau kimono Jepun," katanya.

Farrah juga memilih warna terang dan lembut seperti ungu, merah bata, hijau lumut dan merah jambu berbeza dengan rona asal dalam rekaan busana masyarakat Timur.

Pearl Haya yang terkenal dengan rekaan tudung tampil memikat bersama persalinan kaftan dan jubah berwarna-warni. Memilih rona terang seperti kuning, merah jambu, biru dan hijau, ternyata rekaan sedia dipakai sesuai untuk acara kasual.
Menariknya jenama ini yang terkenal dengan rekaan tudung siap beropol mengetengahkan gaya lebih anggun pada reben bertingkat serta ropol yang dipadankan pada tudung polos. Ternyata gabungan warna menawan dan tidak keterlaluan ini memberi nafas baru bagi penggayaan wanita moden masa kini.

Mengekalkan unsur tradisional pada rekaan busana, Az Zahrah tampil dengan gaya berkimono serta jubah berhud yang diberi sentuhan moden. Penggunaan fabrik broked serta tradisi songket mengekalkan keaslian busana bersesuaian tema masyarakat Timur.

Antara pereka lain yang mempersembahkan rekaan mereka ialah NainiKifli, Serikapas, Irshah, Mariamah, MyDesign, Molek, Signature Boutique dan Udaimatunnur.

Menurut Naib Presiden Amaed, Mona Din, Amaed yang ditubuhkan pada 15 Februari 2011 oleh Datuk Raja Rezza Shah Zurin bertujuan mengetengahkan pereka busana Muslimah kepada industri fesyen Islam.

Selain 12 pereka ini, Amaed turut dianggotai Radzuan Radzwill, Tom Abang Saufi, Aida Khalida, Aktif Bistari dan Jarumas.

"Dengan adanya pertunjukan fesyen berprestij ini, idea serta kreativiti pereka muda dapat diketengahkan selaras dengan impian menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen sama seperti keunggulan kota Milan sebagai pusat terjemahan fesyen terkenal dunia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kesan jeragat, jerawat hilang

Posted: 25 Nov 2011 01:57 PM PST

KEBANYAKAN pengguna terlalu ghairah dan mudah teruja dengan produk yang menjanjikan kesan singkat tanpa mengambil kira kandungan produk itu.

Sebagai contoh, tidak lama dahulu produk pemutih dengan bahan hydroquinone amat popular di kalangan pengguna kerana ia menjadikan wajah cerah dan licin dalam tempoh singkat.

Namun, bahan kimia itu dilarang penggunaannya kerana kajian saintifik mendapati ia boleh menyebabkan kanser dan masalah lain.

Kini, produk kecantikan berasaskan bahan organik semakin mendapat tempat kerana ia lebih selamat dan boleh digunakan pelbagai peringkat umur.


Secretleaf antara perintis produk penjagaan kulit organik dengan kemunculan Pure Oil Series 01 yang mengandungi 100% minyak argan asli yang diimport dari Maghribi.


Minyak yang dikenali sebagai 'Cecair Emas Maghribi' ini kini menjadi salah satu bahan antipenuaan yang terkenal di seluruh dunia.

Minyak argan mengandungi vitamin E tiga kali ganda berbanding minyak zaitun serta Omega 6 & 9 dan amat efektif mengurangkan kedutan dan garis halus, merawat jeragat, menganjalkan kulit, melindungi dari sinaran UV berbahaya serta menjadikan kulit sentiasa licin, lembap dan muda.

Sebagai jaminan kualiti hanya yang terbaik, minyak argan keluaran Secretleaf mendapat pengiktirafan organik dari Ecocert Perancis dan diimport terus daripada pengusaha ladang argan di Maghribi.

Dalam masa setahun kemunculan Pure Oil Series 01, ramai pengguna menikmati khasiatnya.

Bagi remaja, Nur Atiqah Md Adnan, 25, dari Kampung Baru, dia baru sebulan menggunakan Pure Oil 01 dan juga Mosturizing Facial Soap.

Katanya, kedua-dua produk ini digunakan ibu dan adik lelaki, hasilnya amat membanggakan.

"Kulit ibu lebih anjal dan cerah serta kesan jeragat hilang manakala adik lelaki yang mempunyai jerawat, pulih selepas menggunakan produk itu.

"Kulit saya yang kering sebelum ini semakin lembap selepas menggunakan minyak ini, kini Pure Oil Series 01 menjadi teman baik saya," katanya.

Maklumat lanjut, layari www.secretleaf.com.my atau hubungi 16-2273815/3817/3832 atau 016-6626604.

Produk Secretleaf ada dijual di rangkaian Farmasi Alpha, Farmasi Multicare, Farmasi Healthlane dan Farmasi Ehsan (Pantai Timur).

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved