Jumaat, 25 November 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Trofi milik Anuar Zain

Posted: 24 Nov 2011 02:01 PM PST

KUALA LUMPUR: "Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan," kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.


Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bunuh, perkosa

Posted: 24 Nov 2011 01:53 PM PST

JOHOR BAHRU: Kehilangan seorang guru piano yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling di sini, semalam.

Ketika ditemui, mangsa masih memakai baju-T putih, jaket perang serta skirt paras lutut dengan seluar dalamnya terlondeh dipercayai dirogol sebelum dibunuh di tempat lain. Mayatnya kemudian diletakkan dalam kereta berkenaan.


Mayat mangsa, Chiu Kong Min, 31, ditemui kira-kira tujuh jam selepas bapanya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa mulanya disangkakan tidur dalam kereta berkenaan dan cuba dikejutkan seorang individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Bagaimanapun, selepas mangsa yang duduk di tempat duduk pemandu didapati sudah tidak bernyawa, individu terbabit segera melaporkan kejadian itu kepada polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, sebaik menerima panggilan orang ramai, pihaknya bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.

Menurutnya, polis kemudian menemui wanita itu tertunduk kaku dalam kereta miliknya dan siasatan mendapati mangsa dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira jam 2.30 petang kelmarin untuk mengajar di Jalan Simbang, Taman Perling, menaiki Perodua Myvi hijau berkenaan.


"Hasil siasatan mendapati mangsa keluar untuk mengajar piano seperti biasa, namun sehingga jam 12.30 tengah malam kelmarin, masih tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya yang bimbangkan keselamatannya membuat laporan polis.


"Pemeriksaan dan siasatan awal mendapati mangsa cedera ringan di kening kiri, kesan calar pada jari kedua-dua tangan selain luka di tangan dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.

"Selain itu, ketika ditemui, kedua-dua tangannya diikat menggunakan kabel pengikat dan ada kesan jerutan di leher, namun barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit tidak diambil suspek," katanya.


Beliau berkata, motif kejadian itu masih dalam siasatan dan hingga kini, polis masih tidak menemui sebarang bukti di kawasan sekitar lokasi penemuan mangsa serta dalam keretanya.

"Kami tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk dibedah siasat.


"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


"Kami belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Tan Yang Siong di talian 012-7076928," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved