Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Nov 2011 03:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam. Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal.
|
Posted: 01 Nov 2011 03:15 PM PDT KAJANG: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes samun sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, kelmarin. Kedua-dua suspek terbabit ditahan di Bandar Damai Perdana, di sini pada jam 7.45 malam selepas menerima laporan daripada seorang warga Nepal yang cuba disamun suspek pada jam 6 petang.
Ketika ditahan, suspek menggunakan motosikal milik bapa seorang daripada mereka dengan nombor pendaftaran dipatahkan bagi mengelirukan polis.
Ab Rashid berkata, polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan percaya dengan penahanan suspek, beberapa kes samun dan ragut di Kajang diselesaikan.
Harian Metro semalam melaporkan tiga beranak yang mengusahakan sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras ditetak bertubi-tubi oleh tiga lelaki menggunakan parang, Rabu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan