Jumaat, 4 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


5 GRO dalam rak

Posted: 03 Nov 2011 01:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lima wanita berhimpit di dalam rak selama sejam semata-mata takut dicekup polis dalam serbuan di dua pusat hiburan di Taman Puchong Mesra, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tempat persembunyian itu dihidu sebelum mereka menyerah diri.


Operasi dilancarkan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas mendapat maklumat dan kerjasama orang awam yang membongkar aktiviti pelacuran di pusat hiburan terkenal itu. Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, seramai 55 wanita warga asing berusia 22 hingga 35 tahun dipercayai pelacur ditahan.

Siasatan awal terhadap 40 wanita warga China dan 15 warga Vietnam mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar untuk memasuki negara ini.


Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mat Isa, berkata pusat hiburan itu pernah diserbu lebih tujuh kali sepanjang tahun ini, namun masih tidak serik dan terus beroperasi. "Semua wanita terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebelum diserahkan ke Jabatan Imigresen," katanya. Beliau berkata, tindakan turut akan diambil terhadap pemilik premis hiburan terbabit kerana menjalankan kegiatan haram.

Full content generated by Get Full RSS.

Pesta belasah drebar trak tunda

Posted: 03 Nov 2011 01:21 PM PDT

KAJANG: Seorang pemandu trak tunda berdepan detik cemas apabila dikepung 20 lelaki sebelum lapan daripada mereka memukulnya dengan kayu dan rotan hingga pengsan gara-gara tidak puas hati mangsa cuba 'merebut' pelanggan mereka yang terbabit kemalangan di Taman Tanming Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 malam itu, mangsa mendapat panggilan mengatakan sebuah kereta terbabit kemalangan sebelum mangsa bergegas ke tempat kejadian untuk menunda kereta berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu pemilik kereta dan berbincang untuk menunda keretanya ke bengkelnya di Kajang.

Katanya, ketika mangsa memasang alatan untuk menunda kereta berkenaan, tiba-tiba 20 lelaki menaiki beberapa kereta datang menghampiri mangsa.


"Seorang daripada mereka menghampirinya dan mempersoalkan tindakan mangsa menunda kereta di kawasan yang didakwa milik mereka.


"Mangsa yang terpinga-pinga meminta suspek bertenang dan berbincang secara baik," katanya.

Ab Rashid berkata, suspek yang berang dengan alasan diberikan mangsa mengambil kayu dan memukul badan mangsa berulang kali.


Beliau berkata, tujuh lagi rakan suspek memukul mangsa menggunakan kayu dan rotan yang disimpan di dalam kereta dan memukul mangsa beberapa kali di bahagian badan.

"Mangsa merayu tidak diperlakukan sebegitu dan meminta suspek berhenti memukulnya kerana tidak tahan menanggung kesakitan.


"Rayuan mangsa tidak dipedulikan suspek, malah dipukul hingga pengsan," katanya.


Beliau berkata, suspek yang terkejut melihat mangsa pengsan melarikan diri.


Orang awam yang melihat suspek yang terbaring di tepi jalan memberikan bantuan dan membawanya ke Hospital Serdang (HS) untuk rawatan lanjut.


Mangsa kini dilaporkan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas doktor mengesahkan dia tidak cedera serius.


Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved