Harian Metro: Setempat |
Posted: 12 Nov 2011 07:39 AM PST JASIN: Seorang penoreh getah maut selepas diserang sekumpulan lebah tualang ketika menoreh di kebunnya di Kampung Tanah Pinggir Meriang dekat Asahan, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 3.15 petang, Ameen Md Tahir, 33, dipercayai diserang ketika baru tiba di kebun getah milik keluarganya yang terletak sembilan kilometer dari kediaman mentuanya di Kampung Pondok Batang, di sini.
Difahamkan, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke klinik 15 kilometer dari tempat kejadian.
"Saya nampak di bahagian bawah kebun arwah menyiram badannya dengan air yang diceduk dari tong dram dan saya terus ke arahnya sambil diserang lebah.
"Saya terus memecut sehingga lebih 500 meter dan ketika itu baru lebah tidak mengejar kami, namun arwah kelihatan lemah.
|
Bapa rayu penceroboh tak rogol anak Posted: 12 Nov 2011 07:36 AM PST JEMPOL: Seorang bapa yang tidak mampu bergerak kerana sakit buah pinggang hanya mampu merayu kepada penjenayah yang cuba merogol anaknya dalam kejadian di Ladang Gaddes, di sini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi Jumaat minggu lalu, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah keluarga terbabit dan berpura-pura ingin memberitahu perkara penting.
Katanya, lelaki itu memberitahu ingin berjumpa mangsa, namun gadis itu dikatakan enggan membuka pintu kerana tidak mengenali suspek.
Menurutnya, bapa remaja itu pula tidak dapat membantu kerana tidak boleh bergerak, bagaimanapun mangsa akhirnya dapat melepaskan diri selepas menjerit.
"Polis giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan