Harian Metro: Setempat |
Tiada pinjaman bank tapi muflis Posted: 23 Nov 2011 12:09 PM PST KUALA LUMPUR: Akibat pernah kehilangan kad pengenalan 11 tahun lalu, pemandu lori, Zilah Mahmood, 34, kini menerima hakikat dirinya diisytiharkan muflis. Ini berikutan kegagalan Zilah menjelaskan bayaran ansuran bulanan dan tunggakan kenderaan Kia Spectra 1.5 dan Proton Wira yang dibeli atas namanya berjumlah lebih RM100,000 walaupun dia tidak pernah membelinya.
"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai kereta berkenaan sehingga menerima surat daripada bank pada 2008 yang mahu mengisytiharkan muflis jika gagal melunaskan tunggakan kereta berkenaan," katanya.
Selepas pemeriksaan, Zilah sekali lagi dikejutkan apabila dia diisytiharkan muflis terlebih dulu oleh sebuah lagi bank lain atas alasan sama iaitu gagal melunaskan ansuran bulanan sebuah lagi kereta Proton Wira yang turut didaftarkan atas namanya.
"Saya pernah kehilangan kad pengenalan pada 2001. Sepanjang tempoh itu sehingga sekarang, saya tidak pernah membuat pembelian dua kereta selang dua bulan pada 2003.
|
Posted: 23 Nov 2011 12:06 PM PST KUALA LUMPUR: "Bagaimana saya hendak bayar pinjaman perumahan kepada bank sedangkan hanya sebatang tiang didirikan pemaju," demikian keluhan Ahmad Zaki Samuri, 43, pembeli projek perumahan Yamin Height di Pulau Indah, Klang, yang terbengkalai sejak 2001. "Kini bank mahu saya melunaskan pinjaman sehingga RM93,000 walaupun pemaju hanya menyiapkan satu peratus daripada projek berkenaan.
Bagaimanapun, jumlah itu masih terlalu tinggi selain menganggap tidak perlu membayar sesen pun kepada pihak bank berikutan rumah yang dibeli tidak siap.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan