Jumaat, 2 Disember 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Berubah lelaki sejati

Posted: 01 Dec 2011 01:43 PM PST

IPOH: "Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati saya untuk berubah, sekali gus membolehkan saya memenuhi amanat arwah bapa sebelum dia meninggal dunia awal tahun ini."

Itu kata Baby atau nama sebenarnya Ismail, 29, seorang daripada 40 mak nyah yang menyertai aktiviti pemulihan dinamakan Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sebuah resort di sini, selama tiga hari, bermula kelmarin.

Ismail berkata, selepas bapanya meninggal dunia, keinginannya untuk kembali menjadi lelaki normal semakin kuat dan dia mula mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah.

Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai Program Mukhayyam, dia mendapatkan maklumat lanjut dan mendaftar diri sebagai peserta kerana percaya ia medan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan.


"Saya tertarik menyertai Program Mukhayyam kerana program keagamaan ini diadakan secara santai dan tanpa diskriminasi. Insya-Allah selepas tamat program ini, hala tuju saya lebih jelas," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Ustazah jadi-jadian’

Posted: 01 Dec 2011 01:37 PM PST

KOTA BHARU: Digelar 'ustazah jadi-jadian' antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.

Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.

"Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya 'ustazah jadi-jadian' dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.

"Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik," katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.


Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved