Jumaat, 2 Disember 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gagal pulang

Posted: 01 Dec 2011 01:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 58 warga asing dari Nigeria, Ghana, Myanmar dan Indonesia ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di Kepong dan Damansara, di sini, semalam.

Sepanjang operasi dari jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam itu, lebih 500 warga asing diperiksa bagi mengesan mereka yang belum mendaftarkan diri dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P).


Penolong Pengarah JIM Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata pihaknya melakukan pemeriksaan di laluan pejalan kaki, dalam bas, teksi serta beberapa premis perniagaan yang menjadi tumpuan warga asing terutama warga Afrika.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan sudah mendaftarkan diri bawah Program 6P kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan diarah pulang sebulan lalu, namun mereka dikesan masih berada di dalam negara ini," katanya.


Menurutnya, operasi diadakan dari semasa ke semasa untuk turut mengesan majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa permit dan dokumen diri.


James berkata, semua mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah selain tinggal melebihi masa dibenarkan.

Full content generated by Get Full RSS.

40 pondan ‘disuntik’ keinsafan

Posted: 01 Dec 2011 12:42 PM PST

IPOH: Mengambil semangat Maal Hijrah yang disambut Ahad lalu, 40 pondan atau mak nyah disuntik keinsafan dan melafazkan ikrar untuk kembali menjadi lelaki tulen.

Kebanyakan mak nyah terbabit yang bergelumang dosa menjadi 'wanita palsu' sejak sekian lama menunjukkan keazaman tinggi mahu bertaubat selepas mengikuti Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Program tiga hari itu diadakan sejak kelmarin di sebuah resort di sini, dengan dikendalikan 10 kakitangan Jakim serta penceramah bebas.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai, berkata program itu disertai secara sukarela oleh mak nyah terbabit dan maklum balas positif datang daripada mereka selepas program sama dianjurkan di Negeri Sembilan dan Pahang pada Mac serta April lalu.


"Saya tidak menyangka program ini yang pada mulanya dipandang negatif segelintir mak nyah, kini berjaya menarik penyertaan mereka.


"Sepanjang tiga hari program, mak nyah terbabit yang berusia 22 hingga 50 tahun menunjukkan minat dan keinginan tinggi menghayati semula ajaran Islam," katanya.

Menurutnya, modul diperkenalkan Jakim itu bukan hanya membabitkan ceramah agama semata-mata sebaliknya lebih menjurus aktiviti menyeronokkan yang menyelitkan nilai-nilai moral.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved