Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 Dec 2011 02:22 PM PST KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek. Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan. "Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 06 Dec 2011 02:22 PM PST ALOR SETAR: "Separuh badannya sudah keluar, tetapi kakinya tersepit menyebabkan dia mati terbakar. Saya cuba bantu, tapi gagal kerana api semakin marak." Demikian kata Mohd Suhaimi Hamid, 24, menyaksikan kematian tragik Peh Tiong Boon, 30, yang sebahagian tubuhnya rentung apabila kereta Proton Wira Aeroback dipandunya meletup dan terbakar selepas merempuh sebatang pokok di Kampung Peragam, Jalan Teluk Bagan, di sini, malam kelmarin.
"Apakan daya, saya tidak mampu membantu kerana api marak dengan cepat. "Sebelum itu, saya dengar dentuman kuat. Sejurus keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku. Saya nampak kereta itu berpusing-pusing selepas merempuh sebatang pokok dan akhirnya terbakar," katanya yang ditemui di tempat kejadian.
"Kebakaran dapat dikawal dalam masa lima minit dan anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit," katanya.
"Mangsa cuba memotong sebuah lori, tetapi hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok. Kereta mangsa terbalik dan berpusing-pusing sehingga berlaku percikan api sebelum meletup dan terbakar.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan