Rabu, 7 Disember 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ubah penampilan wanita

Posted: 07 Dec 2011 05:20 AM PST

WARNA dalam solekan adalah rantaian daripada cetusan fesyen. Kedua-duanya nyata seiring dalam melengkapi antara satu sama lain. Di pentas peragaan pereka dan mekap artis bersatu mengadunkan warna bukan saja pada padanan busana, tetapi solekan wajah.

Solekan mata dan rona bibir dua perkara yang menjadi penentu kepada kecantikan wanita. Mata dimainkan oleh rona pembayang yang ceria, maskara yang mampu mencetuskan kesan berbeza serta celak menambah keanggunan wanita.

Segala-galanya bermain dengan kuasa warna sama seperti calitan gincu yang pastinya merubah penampilan wanita supaya kekal ayu, bertambah anggun dan berani.

Dengan pelbagai warna dalam produk, jenama alat solek nombor satu dunia Maybelline New York tampil kreatif di pentas peragaan bersempena Minggu Fesyen New York yang diadakan di ruang legar MidValley Megamall dua minggu lalu.


Selaras dengan gaya terkini, corak dan warna menjelang 2012, Maybelline mempamerkan pelbagai gaya solekan bervoltan tinggi untuk peralihan kuasa kepada solekan lebih berani dan menonjol bersesuaian tema dari pentas peragaan kepada gaya kaki lima.


Sebagai pengemudi dalam kategori alat solek masa kini serta penaja rasmi kosmetik Minggu Fesyen New York enam musim yang lalu gaya solekan berani dan inovatif menjadi pencetus kepada solekan peragawati terkenal seperti Christy Turlington, Wasson Erin, Kemp Muhl, Julia Stegner, Shu-Pei, Lisalla Montenegro, Jessica White dan Emily Didonato yang mempamerkan jenama hebat ketika menggayakan pakaian berjenama mewah.

Menurut Pengurus Besar L'Oreal Bahagian Pengguna Jennifer Bay fesyen mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan wanita hari ini. Justeru solekan memainkan peranan penting bagi membuatkan wanita merasa lebih yakin, cantik dan anggun walau apa juga pakaian digayakan.

"Warna solekan mempunyai kuasa yang besar dalam perubahan gaya wanita. Solekan yang menyerlah dan sepadan akan membuatkan wanita bukan saja melangkah penuh yakin tetapi tampil menggoda," katanya.

Tambah Pengurus Pemasaran Maybelline New York Malaysia Low Yee Lee, Minggu Fesyen New York bersama Maybelline yang diadakan di sini bagi memperkenalkan gaya solekan terkini kepada wanita menerusi pemilihan alat solek yang murah dan mudah sekali gus memperkasakan wanita supaya mereka lebih yakin, cantik dan seksi.

Mengambil inspirasi daripada gaya musim luruh dan sejuk dengan memberi tumpuan kepada imej glamor dan seksi penampilan peragawati di pentas peragaan menjadi lakaran kepada gaya solekan menjelang 2012.

Solekan mata

Memberi tumpuan pada solekan mata menggunakan rona merah jambu pada palet Studio Hyper Diamonds sebagai asas pembayang mata serta Studio Glow Diamond yang memberikan kuasa ceria dan galak.

Bagi mewujudkan kesan dramatik penggunaan maskara mampu memberikan kesan segar serta bulu mata lebih lentik dan panjang dengan kuasa Volum Express The Falsies.

Namun solekan belum sempurna tanpa celak Hyper Sharp Liner yang menyerlahkan lagi kuasa pandangan mata. Mewujudkan satu garis yang tepat di sekeliling mata dengan titik paling nipis (pada 0.05mm). Juga menjadi pelapik dramatik cecair untuk kemasan yang lebih tebal dan berani.

Bibir

Menjelang 2012 rona merah menjadi pilihan wanita yang inginkan gaya lebih berani dan menonjol. Cuba warna Moiture Extreme Color sensasi warna yang kaya dan menakjubkan.

Kening

Kening memainkan peranan penting dalam menentukan ciri-ciri solekan yang anda inginkan sama ada tampil lembut atau sebaliknya. Tampil menyerlah dengan biru lembut daripada Glow Studio Diamond Eye kemudian, tambahkan celak pada kening untuk lebih menonjol.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesin refleksologi

Posted: 07 Dec 2011 04:49 AM PST

URUTAN kaki menggunakan mesin urut elektrik tidak diragui lagi kini menjadi kegemaran masyarakat sebagai inisiatif menggantikan urutan kaki secara tradisional.

Justeru, selaras dengan kehendak dan permintaan pasaran, Osim (M) Sdn Bhd (Osim) melancarkan produk terbaru mesin urut kaki termaju yang memberi tumpuan kepada titik-titik meridian penting pada kaki untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup iaitu uPhoria.

Osim uPhoria menggabungkan urutan tradisional China dikenali sebagai 'Tui Na' yang membabitkan pengurutan tisu melalui kaedah tolak dan tarik dengan tekanan pada urat sepanjang betis dan kaki lantas memberi keanehan rasa 'sakit' yang selesa.

Lebih terperinci lagi, 'Tui Na' ialah satu kaedah terapi manipulatif dan rawatan tubuh badan dari China yang menggunakan seni pertahanan diri dalam mengembalikan keseimbangan badan.


Menerusi prinsip rawatan ini, mesin urut kaki uPhoria mampu melegakan kesakitan dan sengal badan sekali gus melancarkan pengaliran darah, oksigen serta nutrien ke kaki.


Paling ketara, Osim uPhoria dilengkapi ciri-ciri urutan paling komprehensif yang merangkumi bukan saja 'Tui Na' tetapi gabungan teknik 'picitan sekeliling yang kuat', refleksologi, terapi gegaran dan kepanasan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Di samping melegakan rasa bisa dan lenguh pada kaki, kombinasi urutan 5 dalam 1 banyak memberi manfaat kepada pengguna.

Peredaran darah dan keanjalan otot juga akan bertambah baik kerana produk ini meredakan ketegangan pada sistem saraf serta memulihkan otot daripada rasa sengal selepas bersenam.

Menurut Pengurus Latihan Osim, Cheryl Chua Mee Nah, dengan matlamat hanya untuk memberi kepuasan dan penyelesaian terbaik, Osim uPhoria menampilkan empat program mengurut untuk menepati keperluan dan keadaan yang berbeza.

Pertama, berehat. Melalui getaran tinggi, program ini bertindak mengendur dan melegakan otot kaki yang tegang. Sementara itu, gabungan teknik picitan kaki dan urutan di bahagian betis antara jarak kelajuan tinggi dan rendah akan mengurangkan kesakitan dalaman.

Seterusnya ialah refleksologi. Program yang merangsang deria ini menumpukan sasaran pada titik-titik penting sepanjang saluran meridian kaki.

Kombinasi urutan betis dan refleksologi penggelek kaki pula memberikan kesan kesihatan yang sama seperti urutan refleksologi tradisional.

"Untuk pengetahuan, tubuh badan kita mempunyai 12 titik meridian dan ia penting dalam membantu kita mendapatkan semula keseimbangan di antara keperluan dan gaya hidup seseorang individu itu.

"Masalah seperti sakit atau kekejangan di bahagian perut adalah masalah yang sering berlaku sekiranya kita tidak melakukan refleksologi.

"Program ketiga pada Osim uPhoria ialah tidur. Tanpa tidur yang cukup, seseorang akan mengalami masalah pigmentasi, kulit kusam, jerawat, rambut kering dan kulit sensitif.

"Walaupun bertindak perlahan namun ia berkesan. Urutan, picitan dan impak getaran rendah di betis serta kaki membantu anda tenang sebelum mendapatkan tidur nyenyak.

"Rentak urutan sudah diprogramkan iaitu daripada tahap tinggi urutan beransur ke tahap rehat secara perlahan-lahan bagi meningkatkan kualiti tidur di mana kesannya berlarutan beberapa hari. Mesin ini dijual pada harga RM1,988," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved