Rabu, 7 Disember 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sesal dengan dosa silam

Posted: 06 Dec 2011 03:52 PM PST

MUAR: Sesal dengan dosa silam dilakukan lebih dua tahun lalu, seorang lelaki mengaku terbabit dalam kes pembunuhan rakan sekampungnya walaupun keluarga mangsa sudah membayar wang tebusan RM100,000 ketika dia disoal siasat berhubung kes jenayah lain, 25 November lalu.

Pengakuan penganggur itu terbabit dalam kes culik dan bunuh Koh Wei Seang, 21, yang disumbat ke dalam tong dan disimen serta dicampak ke dalam parit di Kampung Parit Punggur Darat, Jalan Sri Tanjung di sini, membawa kepada tangkapan tiga lagi rakannya.


Difahamkan empat sekawan berusia antara 24 hingga 28 tahun iaitu jurutera, nelayan, pekebun serta penganggur itu menculik rakan sekampung mereka dekat Parit Jawa dan meminta wang tebusan RM1 juta daripada keluarga mangsa. Oleh kerana keluarga mangsa hanya membayar RM100,000, mereka membunuh Koh yang mayatnya ditemui sekumpulan lima remaja jam 4.15 petang, 21 Mac 2009.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, hasil tangkapan semua empat suspek berkenaan, pihaknya percaya kes itu berjaya diselesaikan dan semua suspek dijangka didakwa di mahkamah tidak lama lagi.


"Seorang suspek yang ditahan bekerja sebagai jurutera di ibu negara manakala dua lagi suspek bekerja di daerah ini sebagai nelayan dan bekerja sendiri.


"Siasatan mendapati, semua suspek adalah kenalan mangsa. Mereka ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, semalam.

Menurutnya, motif pembunuhan masih belum dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan secara terperinci sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwaraya.


Katanya, empat suspek berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum gantung sampai mati.

Dua tahun lalu, media melaporkan sekumpulan pelajar yang dalam perjalanan untuk memancing terkejut menemui tong bersimen mengandungi mayat lelaki dalam parit di kawasan terpencil di Parit Punggor Darat, 2.5 kilometer dari jalan utama, jam 4.15 petang, 21 Mac 2009.


Bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada penculik meminta wang tebusan RM1 juta namun hanya mampu membayar RM100,000. Keluarga mangsa melaporkan kehilangan mangsa kepada polis pada 17 Mac 2009, sebelum mayat Koh ditemui tiga hari kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk tak berani bersuara

Posted: 06 Dec 2011 03:50 PM PST

KUALA LUMPUR: "Kami di sini sudah tak tahu nak buat apa mengenai masalah lepak di sini. Jika bersuara, nanti harta benda kami yang jadi taruhan," kata warga emas, Norliana Abdullah, penduduk Kondo Rakyat di Pantai Dalam, di sini.

Norliana, 55, berkata kebimbangan itu disebabkan budaya melepak yang seakan-akan sudah sebati dengan golongan muda di situ apabila boleh dikatakan setiap hari mereka akan duduk di bawah lima blok di situ tanpa tujuan termasuk melakukan perbuatan tidak bermoral.


"Kalau mereka melepak saja tak apa, tetapi jika sudah sampai tahap mencuri dan merosakkan harta benda awam, itu sudah melampau.

"Mereka juga dengan sesuka hati kencing dan berak dalam lif tanpa memikirkan penduduk lain di sini," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Dia berkata, kebanyakan orang muda itu sudah terjebak teruk dengan dadah dan gam sehingga menyebabkan mereka berfikir tanpa waras.


Katanya, baru-baru ini, kereta suaminya dihentak menggunakan batu besar disebabkan mereka menegur perbuatan anak muda di situ.

Norliana berkata, kebanyakan penduduk tidak berani bersuara kerana khuatir barangan mereka akan dirosakkan mahu pun dicuri.


Pekerja am yang bekerja sebagai tukang cuci di situ, dikenali sebagai Nora, 65, berkata hampir setiap hari dia akan membersihkan bekas plastik gam yang digunakan 'kaki lepak' di situ.

"Mereka suka melepak di semua blok termasuk di tangga dan di pondok berhampiran di sini," katanya.


Katanya, ada juga botol minuman keras berselerakan di sekitar kawasan kediaman terbabit selain plastik dan bekas gam dibersihkannya setiap hari.


"Perkara ini sudah dimaklumkan kepada badan pengurusan tetapi rasanya mereka juga tidak berani bertindak sebarangan kerana memikirkan kesannya nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved