Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 11 Dec 2011 12:04 PM PST SIBU: Lima kesan tikaman termasuk empat di dada dan satu di leher dipercayai menggunakan pisau ditemui pada tubuh seorang wanita yang menanggung azab lebih sejam sebelum menemui ajal di Jeti Maling, berdekatan Dataran Sibu Fasa II, malam kelmarin. Mangsa dipercayai diserang sebelum diheret ke dalam semak di kawasan itu. Sebelum kejadian, mangsa, Chiew Ming, 40, bersendirian menunggu feri untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Bidut, sebaik selesai kerja, jam 8 malam. Mangsa yang menetap di Jalan Chong Sang, di sini, dan masih bujang menunggang motosikal berhenti di jeti terbabit sebelum diserang individu tidak dikenali.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 11 Dec 2011 12:00 PM PST KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita warga emas tergamak membelasah menantu perempuannya dengan batang kayu, selain mengugut mahu membunuh mangsa sebelum menghalau wanita terbabit dari rumahnya, Rabu lalu. Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 60-an terbabit tidak menyukai sikap menantunya berusia 34 tahun yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu, sebelum bertindak luar kawalan membelasah mangsa di rumahnya di Jinjang. Pada mulanya, mangsa dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya sebelum kejadian bertukar ganas menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bersama anak perempuannya berusia setahun dan menumpang di rumah seorang rakannya. Selepas dinasihatkan rakannya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kelmarin memandangkan seorang lagi anak lelaki mangsa berusia tiga tahun masih tinggal bersama keluarga mentuanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan