Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 15 Dec 2011 01:12 PM PST BATU PAHAT: "Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja," kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun. Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya. Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya. "Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 15 Dec 2011 01:09 PM PST GOMBAK: Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Korea Selatan yang dilaporkan hilang sejak 30 Oktober lalu belum terjawab, namun polis kini mendapat petunjuk baru dan tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah termasuk mangsa dibunuh serta mayatnya dicampak dalam gaung sekitar Jalan Gombak - Bentong, di sini. Mangsa, Kim Chong Yong, 53, yang juga Presiden Majlis Sukan Korea Selatan di Malaysia, dilihat kali terakhir bersama seorang lelaki di sebuah bar sekitar Desa Sri Hartamas, dekat sini, dan menurut anak perempuannya, mangsa ada membuat panggilan pada hari dia dilaporkan hilang untuk bertanyakan keselamatan semua ahli keluarga.
Sumber polis berkata, ahli perniagaan yang sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dipercayai menjadi mangsa bunuh kenalan senegaranya dan hasil siasatan terhadap isyarat telefon bimbit suspek pada tarikh mangsa dilaporkan hilang, polis mengesan lelaki terbabit pernah berada di lokasi pencarian dilakukan. "Kita mula melakukan tinjauan di sekitar kawasan gaung ini semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) operasi mencari dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta dibantu Unit Komando 69 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Selain itu, kereta Mercedes-Benz model CLS350 milik mangsa turut ditemui dengan satu daripada tayar rosak teruk yang tinggalkan di Kondominium One Ampang Avenue, Ampang, 1 November lalu.
Sehingga kini, siasatan sepenuhnya kes berkenaan dilakukan polis Bukit Aman mengikut Akta Orang Hilang. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan