Jumaat, 16 Disember 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Kelainan batik 1Malaysia

Posted: 16 Dec 2011 08:35 AM PST

JIKA bercakap mengenai batik, perkara pertama terlintas di fikiran biasanya koleksi batik Kelantan ataupun Terengganu yang sememangnya terkenal kerana kemewahan kualiti kainnya.

Batik yang sememangnya menjadi warisan sejak turun temurun pastinya tidak akan pernah mengecewakan peminatnya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Sesuai digayakan pada majlis formal ataupun tidak rasmi, batik sememangnya memberikan kelainan kepada gaya dalam berfesyen sama ada menggunakan rekaan baju kontemporari ataupun mengekalkan gaya tradisi.

Kini, apa kata beralih kepada koleksi batik 1Malaysia yang menjanjikan rekaan, corak serta penghasilan warna yang lebih terkini dan moden bersesuaian dengan kehendak fesyen terkini.


Itulah yang cuba diketengahkan Butik El Humaira bagi memberikan lebih pilihan kepada mereka yang menggemari batik sebagai pakaian harian ataupun formal mereka.


Menurut pengurus butik berkenaan, Nur Ira Atila Ahmad Iskandar, koleksi yang diketengahkan El Humaira lebih eksklusif memandangkan batik yang dihasilkan menggunakan bahan terbaik dan lembut bagi memberikan lebih keselesaan kepada pengguna.

Penggunaan warna pastel yang lebih lembut juga memainkan peranan bersesuaian dengan pemilihan ataupun selera terkini pelanggan terhadap penggunaan warna yang tidak terlalu terang sebagai sebahagian daripada koleksi busana mereka.

"Malah motif serta corak yang dihasilkan juga lebih pelbagai iaitu tidak lagi hanya tertumpu pada bentuk bunga-bungaan, sebaliknya mula mempelbagaikannya dengan bentuk abstrak ataupun gabungan kedua-dua bentuk terbabit.

"Malah motif bunga-bungaan yang digunakan juga tidak terlalu besar, sebaliknya menggunakan bentuk bunga yang comel agar ia boleh dipadankan dengan pelbagai peringkat usia bukan hanya tertumpu kepada golongan tertentu," katanya ketika ditemui di butiknya di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Banyak menggunakan bahan seperti sutera creep, jaquard linen, kapas dan kapas voile serta sifon sebagai bahan asas kain bagi setiap koleksi yang diketengahkan, ia mampu membuatkan penggemar batik teruja dengan kepelbagaian koleksinya.

Selain itu, rekaan baju yang digunakan juga dipelbagaikan dan tidak lagi tertumpu pada baju kurung biasa serta kebaya yang sinonim dengan penggunaan batik sebagai pakaian harian serta formal.

"Kami banyak memberikan pilihan bentuk baju seperti kaftan, jubah, kurung moden, gaun labuh serta baju berfesyen lain agar menampakkan kelainan bersesuaian dengan peredaran fesyen semasa.

"Bukan saja kelihatan lebih eksklusif tetapi koleksi yang disediakan juga banyak menggunakan perincian manik berkualiti di bahagian dada bagi menambahkan keanggunan pemakainya," katanya.

Di samping itu, katanya, lelaki juga tidak terkecuali kerana boleh memilih untuk mendapatkan baju batik yang diingini dengan motif serta corak yang berlainan berbanding biasa.

Tip membasuh baju batik

  • Disaran menggunakan sabun mandi iaitu gel mandian.
  • Rendamkan seketika sebelum diangkat dan disidai bagi mengelakkan pakaian berkenaan berkedut.
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Aksesori indah batu permata

    Posted: 16 Dec 2011 08:25 AM PST

    PENGKAJIAN arkeologi menunjukkan pada Zaman Batu 7,000 tahun lalu, berlaku kejatuhan tamadun manusia di selatan Hemudu, China.

    Di wilayah itu, penduduknya mengambil berat mengenai cara pemilihan batu jed yang sempurna untuk dibuat barangan hiasan yang menjadi kebanggaan anak gadis dan golongan hartawan.

    Bertitik tolak dari situ, barangan jed adalah antara barangan bersejarah dalam pembangunan masyarakat Cina. Kisah sejarah silamnya memaparkan kejayaan dan kemewahan masyarakatnya yang memiliki koleksi jed.

    Sehingga kini, kecantikan dan keunikan batu jed terus menjadi dambaan ramai wanita dan salah seorang yang meminatinya ialah wartawan penyiaran eksekutif TV3, Azmah Dahari.


    Dek menggemari dan meminati aksesori yang menggunakan perincian daripada batu jed, masa lapangnya diisi dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian atau melalui laman sosial, facebook dan blog khas dengan jenama Azrydany Collezion.


    Semua rekaan aksesori bertatahkan batu jed dan tidak ketinggalan permata serta kristal yang terdiri daripada gelang tangan, loket, rantai leher dan cincin dibuat sendiri.

    Bagi Azmah, seorang anak seni bukan hanya pandai menjalin fakta dan angka tetapi juga mampu mereka cipta aksesori indah daripada batu permata dengan logam.

    Kini, semua pelanggannya sentiasa mengikuti rekaan terbaru Azrydany Collezion melalui laman http://azrydanycollezion.blogspot.com/.

    Menurutnya, koleksi Azrydany Collezion kini dihantar melalui pos sehingga ke Singapura dan Brunei.

    "Kebanyakan pelanggan luar negara sukakan batu seperti jed, amethys dan turquoise manakala pelanggan tempatan lebih menyukai jed.

    "Pelanggan memilih koleksi ini kerana saya mampu mereka cipta aksesori mengikut tempahan dan keinginan khas pelanggan. Bukan hanya saiznya bertepatan dengan si pemakai malah batu permata yang digunakan juga bermutu tinggi," katanya.

    Bercerita mengenai batu permata yang diperolehnya, Azmah mendapat bekalan dari Kemboja dan Myanmar.

    Ini kerana, kebanyakan batu permata dan kristal dari negara itu boleh diperoleh pada harga berpatutan serta kualitinya juga baik.

    Pembekalnya pula diperkenalkan ibu angkatnya, Datin Asima Abdul Latiff yang mempunyai ramai kenalan termasuk pembuat dan pembekal batu permata. Sokongan daripada keluarga juga banyak membantu perniagaannya berjalan lancar.

    Bagi Azmah, batu permata seperti jed mempunyai aura tersendiri.

    Turquoise misalnya, dikatakan bagus untuk mengawal panas baran manakala amethys dipercayai baik untuk perhubungan dan batu mawar pula sesuai digunakan sebagai simbolik kepada percintaan dan rumah tangga.

    "Aura positif akan keluar daripada batu itu manakala yang negatif pula disedut daripada badan pemakai oleh batu berkenaan.

    "Kajian yang dibaca menerusi laman web dan blog saintis dalam dan luar negara juga mendapati batu permata juga berperanan untuk tujuan perubatan.

    "Saya sungguh gembira kerana mampu memberikan rekaan aksesori yang berjaya menarik perhatian pelanggan. Sejak jenama ini diperkenalkan, rekaannya sering mendapat perhatian. Saya juga membuat kajian berkaitan pasaran serta rekaan terkini agar penggemar rekaan saya sentiasa selari dengan rekaan di peringkat antarabangsa.

    "Harga yang berpatutan juga memberikan ruang Azrydany Collezion kekal di hati
    pelanggan," tambahnya.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved