Jumaat, 16 Disember 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kali ini lebih teruk

Posted: 15 Dec 2011 12:42 PM PST

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi, Kampung Pindah dekat Kampung Baru di sini berulang kembali kesan daripada aliran air deras banjir kilat Selasa lalu.

Malah, mendapan kali ini lebih teruk daripada sebelumnya menyebabkan kerosakan pada rumah berhampiran dan membentuk lubang baru lebih besar.


Penduduk, Ahmad, 42, berkata, kejadian petang Selasa lalu berlaku dengan pantas, air naik mendadak dan deras sehingga menghakis tanah di kawasan berkenaan.

"Ketika air memenuhi kawasan ini, kami lihat pagar dibina mula roboh dan apabila surut beberapa jam kemudian, semuanya musnah.


"Dalam tempoh setahun, dua kali kejadian sama berlaku dan kami tidak pasti sama ada kawasan ini masih selamat diduduki. Malah, sejak kejadian April lalu, ramai pemilik rumah mula berpindah dan yang tinggal hanya penyewa," katanya.


Peniaga, Aminah Amin, 50, berkata, penduduk mahu mengetahui tahap keselamatan struktur tanah di kawasan itu.

Katanya, sejak kejadian pertama, tiada penjelasan diberi dan apabila ia berulang diharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan perkara itu segera serta memberi maklumat tepat kepada penduduk.


Dalam kejadian 16 April lalu, saluran air bawah tanah yang menyalurkan air ke Sungai Bonus, pecah kerana tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak akibat hujan lebat.

Air deras turut membawa pasir bersama mengakibatkan jalan raya berhampiran mendap dan menghasilkan dua lubang besar sedalam dua meter. Manakala, dalam kejadian Selasa lalu, banjir kilat memusnahkan kawasan sama dan membentuk lubang dan mendapan lebih besar.


Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Datuk Ibrahim Komoo berkata, hujan lebat dan air deras boleh mengakibatkan hakisan, terutama di kawasan yang pernah mengalami mendapan.


Katanya, struktur tanah di kawasan terbabit mengalami pergerakan dan masih longgar atau bersifat belum padat. Apabila aliran air deras, ia menghakis struktur tanah sedia ada, sekali gus menyebabkan mendapan.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan akan memberi kenyataan kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.

Mohon tambah peruntukan untuk YWP

Posted: 15 Dec 2011 12:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) memohon kerajaan pusat mempertimbangkan hasrat penambahan peruntukan yang diberikan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) di masa akan datang.

Ia berikutan peranan yayasan berkenaan yang semakin meluas termasuk memberi bantuan kepada anak keluarga berpendapatan rendah yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) di luar negara.


Timbalan Menterinya, Datuk M Saravanan (gambar) berkata, YWP kini boleh dikenali sebagai Yayasan Rakyat kerana banyak menitik beratkan hal berkaitan rakyat terutama masyarakat berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Putrajaya dan Labuan.

"Memandangkan YWP semakin dikenali, permintaan bantuan terhadap rakyat juga semakin bertambah. Kalau dulu yayasan ini banyak membantu rakyat sekiranya menghadapi kematian atau untuk menyambut perayaan, kini ia semakin berkembang sehingga membabitkan soal pendidikan.


"Jadi, kami merasakan peruntukan yang ada perlu ditambah supaya lebih ramai rakyat tidak bernasib baik diberi bantuan sepatutnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Bantuan Peralatan Persekolahan 'Back To School 2012' anjuran YWP, di sini, semalam.


Menurut M Saravanan, dengan dana yang mencukupi, YWP akan terus menganjurkan lebih banyak program untuk rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved