Jumaat, 23 Disember 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Saya sedih, terkilan’

Posted: 22 Dec 2011 02:33 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Jamal Abdillah akhirnya bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) hingga mendorong dia meninggalkan pusat kebajikan bekas penagih dadah itu bulan lalu, selepas menjadi 'penghuni istimewa' selama lima tahun.

Jamal berkata, dia sedih dan kecewa dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi terhadapnya termasuk dia tidak banyak memberi sumbangan wang tunai biarpun dia satu-satunya penghuni yang tinggal di situ sehingga lima tahun berbanding penghuni lain yang tinggal cuma setahun.

"Sepatutnya Pengasih institusi yang memimpin semangat serta membimbing penghuni memerlukan bantuan dan bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.

"Jika senario ini berterusan, saya yakin orang awam juga akan berfikir berkali-kali sebelum menghantar ahli keluarga atau teman yang memerlukan bantuan ke situ," katanya ditemui pada sidang media Karnival Seharian Bersama Jamal Abdillah pada Januari depan, di sini, semalam.


Harian Metro pada 8 Disember lalu melaporkan Jamal meninggalkan Pengasih selepas lima tahun di situ dan tindakannya dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas dengan pengurusan rumah kebajikan itu terutama Yunus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

‘Rokok tolak bala’

Posted: 22 Dec 2011 02:33 PM PST

KUALA LUMPUR: "Saya tak sanggup hidup mewah hasil bantuan syaitan dan tak sangka suami menyara keluarga dengan duit daripada amalan khurafat," kata seorang isteri selepas mengesan suaminya menggunakan 'rokok tolak bala' berharga RM15,000 sekotak bagi menjamin keuntungan dalam perniagaannya.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wahida, 29, itu berkata dia pelik dengan sikap suaminya kerana lelaki itu bukan perokok, namun dia hanya menghisap rokok pada setiap malam Jumaat dan membuka pintu rumah seluas-luasnya.


"Bau asap rokok itu sangat busuk seperti bau bangkai menyebabkan saya bertambah curiga dengan perlakuannya," katanya.

Menurutnya, suaminya yang juga ahli perniagaan mula berkelakuan seperti itu selepas hampir muflis setahun lalu akibat gagal melangsaikan hutang.


Bagaimanapun, selepas mula melakukan amalan menghisap rokok pada setiap malam Jumaat, lelaki itu memperoleh keuntungan sekelip mata dalam perniagaannya.


Wahida berkata, apabila dia bertanya suami berhubung tingkah laku peliknya dia dimarahi selain diminta tidak mencampuri urusannya.

"Selepas dia mula taksub dengan rokok itu, dia langsung tidak menunaikan solat. Saya pernah mengajaknya solat berjemaah, namun dia berang dan memarahi saya," katanya ketika ditemui.


Akibat tidak tahan dengan bau busuk asap rokok termasuk kelakuan pelik suaminya itu, Wahida memberanikan diri memeriksa beberapa rokok yang disimpan di dalam almari suaminya.

"Selepas saya patahkan sebatang rokok, saya terkejut apabila mendapati kandungan ia dicampur dengan kemenyan yang sudah dihancurkan. "Berikutan itu, saya mendesak suami untuk memberi penjelasan dan suami memberitahu dia mendapatkan rokok itu daripada seorang bomoh di utara tanah air sebagai pelaris perniagaan," katanya.


Wahida berkata, suaminya memberitahu rokok itu dikenali sebagai 'rokok tolak bala' dan sesiapa yang memiliki serta menggunakannya seperti disyaratkan dikatakan boleh mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dalam bidang perniagaan.


"Suami turut memaklumkan dia mengeluarkan hampir RM15,000 untuk mendapatkan sekotak rokok berkenaan yang mengandungi 20 batang, namun menyifatkan kos itu berbaloi kerana dia mendapat untung berlipat ganda dalam bidang perniagaan sehingga mampu membeli rumah mewah serta beberapa kereta," katanya.


Selain itu, katanya, suaminya disyaratkan memberikan wang kepada bomoh terbabit setiap bulan RM1,500 bagi memastikan pelaris dipakainya kekal berdampingan dengannya dan jika enggan pelaris itu akan hilang. "Saya cuba menasihatkannya untuk kembali ke pangkal jalan dan saya tidak kisah hidup susah asalkan wang diperoleh dari sumber halal tanpa bantuan syaitan, namun dia tidak menghiraukannya.


"Saya juga hairan kerana setiap kali mendapatkan bantuan ustaz untuk memulihkan suami, dia pasti tahu dan memarahi saya," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved