Harian Metro: Setempat |
Drebar dibelasah, lori disamun Posted: 18 Jul 2011 09:05 AM PDT GOMBAK: Seorang pemandu lori warga emas cedera parah apabila dipukul dengan batang besi, topi keledar dan tangan dalam kejadian samun lori di Jalan Gombak Lama, di sini. Akibat dipukul sekumpulan penyamun menyebabkan lelaki berusia 68 tahun itu terlantar di Hospital Selayang selama dua minggu sebelum membuat laporan di Balai Polis Gombak, Sabtu lalu selepas keluar dari wad.
"Bagaimanapun tiba-tiba sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki menahan lorinya menyebabkan dia terpaksa menekan brek secara mengejut.
"Akibat hentakan itu mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum kumpulan terbabit terus membelasahnya dengan batang besi dan tangan bertubi-tubi hingga menyebabkan kecederaan pada mata, pipi, badan dan kepala.
Mujur ketika kejadian itu, ada orang awam yang melalui kawasan itu ternampak mangsa dan terus menghubungi ambulans.
|
‘Tak kisah gerai makan kotor’ Posted: 18 Jul 2011 09:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Keadaan persekitaran di beberapa gerai makan sekitar bandar raya ini yang kotor, terutama di kawasan Masjid India masih tidak mematahkan selera orang ramai menikmati pelbagai juadah disediakan peniaga di kawasan itu. Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, ramai menjamu selera di kawasan itu tanpa memikirkan kesan bakal diperoleh dengan memakan hidangan belum pasti tahap kebersihannya.
Pelanggan mahu dikenali sebagai Aziah, berkata makanan di situ memang sedap dan harga ditawarkan juga tidak membebankan.
Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rahim yang bekerja tidak berapa jauh dari situ memberikan reaksi yang hampir serupa.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |