Jumaat, 14 September 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Unik, anggun dan elegan

Posted: 14 Sep 2012 08:44 AM PDT

TIADA istilah betul atau salah dalam berfesyen. Fesyen juga sepatutnya dinikmati semua golongan tanpa mengira usia, bangsa, fahaman mahupun pekerjaannya.

Namun, ramai pula menganggap fesyen adalah satu dunia asing yang hanya layak untuk golongan berada dan atasan berikutan harga sehelai baju mampu mencecah ribuan ringgit.

Bagi H&M, fesyen tidak sepatutnya dianggap sesuatu yang membebankan. Setiap stail yang ingin ditampilkan - unik, eksentrik, anggun atau elegan - adalah cetusan peribadi si pemakai tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk tampil bergaya.

Atas prinsip fesyen dan kualiti pada harga berpatutan, label popular dari Sweden ini membawakan koleksi edisi terhad menerusi kolaborasi dengan pereka serta selebriti ternama dunia.


Daripada Karl Lagerfeld ke Comme des Garcons hinggalah Versace serta Jimmy Choo, H&M sentiasa berusaha menampilkan himpunan berbeza pada setiap musim sambil dilatari himpunan daripada lebih 100 perekanya di seluruh dunia.


"Kami bangga dengan hasil ciptaan pereka kami tapi pada masa sama, H&M juga perlu melihat prospek lain dalam mengembangkan jenama ini.

"Di sinilah wujudnya kolaborasi H&M bersama pereka dan selebriti dunia, yang dapat memberi peluang kepada peminat fesyen dalam pasaran utama untuk menggayakan label pereka ikonik pada harga berpatutan.

"Kolaborasi ini juga membolehkan barisan pereka dunia ini mendekatkan diri dengan pasaran yang lebih luas, tanpa perlu berkompromi dengan gaya istimewa mereka," ujar Penasihat Kreatif H&M, Margareta van den Bosch.

Sentimen sama disuarakan Ketua Pereka H&M, Ann-Sofie Johansson, yang menyifatkan projek kolaborasi bersama pereka dan selebriti dunia mampu mencetuskan kejutan di kalangan peminat fesyen.

Pemilihan gandingan pereka bersama H&M dilakukan secara perbincangan kumpulan dan faktor estetika, selain gaya yang ingin ditonjolkan menjadi antara kriteria utama dalam menentukan kolaborasi seterusnya.

"Ia sepatutnya seseorang yang kami kagumi sebagai pereka serta jenama yang dibawakannya. Kolaborasi ini juga perlu ada impak kejutan dan mampu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat fesyen mengenai gandingan yang cuba kami tonjolkan pada hampir setiap musim.

"Selain itu, H&M berusaha tampil dengan pelbagai gaya berbeza tapi semestinya dengan pereka yang bergerak seiring dengan kami daripada segi trend pada musim itu," jelasnya.

Musim luruh tahun ini bakal menyaksikan kolaborasi editor majalah Vogue Jepun, Anna Dello Russo yang tertumpu kepada rangkaian aksesori seperti kaca mata hitam, bagasi beroda, kasut, beg genggam, gelang dempak dan perhiasan kepala.

Bagi koleksi busana pula, H&M mempersembahkan kolaborasi bersama rumah fesyen dari Perancis, Maison Martin Margiela yang terarah kepada pertembungan stail klasik dan moden.

Sementara itu, penyanyi Lana Del Rey dan teraju filem Easy Money, Joel Kinnaman diangkat sebagai wajah kempen musim luruh dan dingin 2012.

Kronologi kolaborasi H&M

■ Karl Lagerfeld menjadi pereka sulung yang bekerjasama dengan H&M pada 2004

■ Stella McCartney pula menyusul dengan himpunan chic-santai pada 2005.

■ Pada 2006, pereka adi busana dari Belanda, Viktor & Rolf tampil bersama H&M.

■ Kempen musim bunga dan panas 2007 menyaksikan H&M bergandingan dengan diva pop, Madonna.

■ Pereka Itali, Roberto Cavalli kemudiannya mencipta kejutan bersama H&M pada 2007.

■ Penyanyi Australia, Kylie Minogue bergandingan menghasilkan koleksi baju renang bagi musim panas 2007.

■ Label dari Jepun, Comme des Garcons muncul selaku pereka undangan pada 2008.

■ Pada 2009, dua rangkaian eksklusif dilancarkan bersama Matthew Williamson. Himpunan pertama untuk wanita, disusuli himpunan lelaki.

■ November 2009 menyaksikan jalinan kerjasama H&M dan Jimmy Choo yang berkongsi ilham dalam rekaan kasut dan beg tangan.

■ Sonia Rykiel pula muncul pada 2009 dengan melancarkan koleksi pakaian dalam dan helaian kait (knitwear).

■ H&M terus mencipta fenomena apabila bekerjasama dengan Lanvin pada 2010.

■ Versace terus menghangatkan senarai kolaborasi bersama H&M menerusi koleksi musim luruh dan dingin 2011. Donatella Versace sendiri yang mencipta himpunan ini dengan mengembalikan cetakan istimewa Versace.

■ Bintang bola sepak dunia, David Beckham memperkenalkan koleksi pakaian dalam lelaki pada 2 Februari 2012 dengan label David Beckham Bodywear yang kini masih dijual di 1,800 butik H&M seluruh dunia.

■ Koleksi H&M dan Marni pula dilancarkan pada musim bunga 2012.

■ Gaya eksentrik editor Vogue Jepun, Anna Dello Russo bakal diterjemahkan dalam koleksi musim luruh tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Busana romantik

Posted: 14 Sep 2012 08:26 AM PDT

DALAM pemilihan gaya untuk berfesyen, ramai wanita yang mahu memastikan setiap rekaan busana memiliki gaya serta keunikan tersendiri.

Tidak kira sama ada ia membabitkan koleksi jenama terkemuka ataupun tempatan kerana ketelitian dalam menghasilkan keunikan busana terbabit memberikan kelainan kepada penggemar fesyen terkini.

Itulah antara kelainan yang cuba direalisasikan pereka berbakat tempatan, Leslie Variyan, yang tampil memperkenalkan pelbagai koleksi fesyen busana wanita Romantic Rendezvous menggunakan label Variante.

Jika dilihat pada kekemasan dan kualiti rekaan serta kain digunakan, ia mampu memberikan kelainan kerana ia bukan saja menonjolkan cita rasa moden malah menyuntik gaya tradisional tersendiri kepada mereka yang menggayakannya.


Gaya feminin wanita sentiasa menjadi perhatian dalam menyempurnakan sesuatu koleksi termasuk bagi rekaan gaun dan kurung moden.


Walaupun rekaan kurang terdedah, wanita masih boleh kelihatan seksi sekiranya potongan busana mengikut kesesuaian dan personaliti individu.

Untuk koleksi Romantic Rendezvous, Leslie banyak menekankan perincian pada bahagian kain, lengan dan leher busana.

Kain dengan potongan bertingkat, silang dan berombak menjadi keutamaan kerana ia mampu menaikkan seri gaya terutama pada busana polos.

Sungguhpun nampak ringkas, kualiti jahitan jelas memainkan peranan untuk menampakkan gaya eksklusif pada rekaan dan bentuk busana.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/14


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved