Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Sep 2012 12:13 PM PDT KUCHING: Hanya kerana tambah nilai telefon bimbit RM10, seorang remaja lelaki terpaksa menerima lapan jahitan di lengan kiri akibat ditetak rakan baik menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Batu 22, Jalan Kuching-Serian, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Phang, 18, diserang rakan baiknya, dikenali sebagai Abi, 25, berhampiran kedai runcit disebabkan mangsa lewat dua minit membelikan kad tambah nilai seperti diminta. Menurut mangsa, Abi yang bekerja di Sibu sedang bercuti dan datang ke rumahnya kerana ingin meminjam telefon bimbit untuk menghubungi rakannya di Sibu. Katanya, dia memaklumkan kepada Abi kredit telefon bimbitnya tinggal sedikit, tetapi Abi tetap mahu meminjam telefon dan berjanji meminta rakan yang dihubungi menambah nilai kredit telefonnya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03 |
Posted: 02 Sep 2012 12:08 PM PDT AMPANG: Sepasang suami isteri warga Myanmar yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang dipercayai aktif mengedar dadah diberkas anggota Unit Peronda Polis (MPV), Jumaat lalu. Difahamkan, pasangan itu ditahan bersama dua lagi pasangan lain yang menaiki sebuah Proton Wira selepas anggota MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengekori kenderaan itu selepas suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan.
"Sebelum ditahan, anggota berkenaan curiga melihat sebuah Proton Wira yang tiga lelaki dan tiga wanita sebelum mengekorinya dan ditahan berhampiran Taman Dato Ahmad Razali, di sini.
Menurutnya, keenam-enam suspek ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, 39A (2) dan 12(2), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan