Harian Metro: Arena |
‘Kami tuntut perubahan!’ Posted: 28 Dec 2012 09:50 AM PST BOSAN dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sekian lama tidak berubah, sekumpulan peminat setia bola sepak tempatan tampil mendesak agar rombakan besar-besaran dilakukan badan induk itu termasuk meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah mengundur diri secara terhormat. Bukan mahu bertindak biadap atau menderhaka, namun selepas sekian lama menyaksikan cerita sama 'disajikan' skuad negara pada pentas antarabangsa serta saingan liga domestik yang sering berubah format tapi tidak menunjukkan sebarang peningkatan, kumpulan yang rata-ratanya peminat setia bola sepak tempatan itu akhirnya memberanikan diri mendesak FAM melakukan rombakan besar-besaran.
"Sejak 28 tahun lalu (sepanjang kepimpinan Presiden FAM), kita sering diceritakan kesalahan barisan pemain, jurulatih serta soal teknikal apabila gagal dalam satu-satu kejohanan tapi apa yang kita tidak sedar ialah kegagalan itu banyak berpunca daripada pengurusan, pentadbiran dan struktur FAM sendiri.
"Bukan kami tidak menghargai sumbangan Presiden tapi kadangkala kita perlukan idea baru bagi merancang masa depan bola sepak tempatan.
Alfadli turut menggariskan empat sebab utama mengapa tampuk FAM perlu dirombak.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29 |
Posted: 28 Dec 2012 09:46 AM PST LONDON: David Beckham tidak tergesa-gesa untuk berpindah ketika bekas bintang Manchester United itu mempertimbangkan beberapa tawaran pasukan dari seluruh dunia. Beckham meninggalkan LA Galaxy awal bulan ini selepas kontraknya berakhir dan membantu kelab dari California itu memenangi Piala MLS dan kini mencari kelab tepat bagi menamatkan kariernya yang penuh gemilang.
Seorang jurucakap Beckham berkata, bekas kapten England itu bercadang mempertimbangkan pilihannya sepanjang tempoh cuti dan tidak terdesak untuk membuat keputusan dalam masa terdekat.
"Ia masih satu proses awal. David seronok menghabiskan masa bersama keluarganya sepanjang tempoh cuti." Difahamkan laporan di Perancis menyatakan Beckham menuntut bayaran tinggi untuk berpindah ke Monaco sebagai tidak tepat.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan