Khamis, 13 Disember 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Bapa kejam gila

Posted: 12 Dec 2012 01:24 PM PST

KLANG: "Kau memang degil, tak hormat orang tua! Kalau aku tumbuk kau muntah tak? Kenapa kau tak suka dengar cakap orang?"

Itu antara dialog seorang lelaki sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang kanak-kakak lelaki berusia lingkungan dua tahun dipercayai anaknya yang rakaman videonya tersebar luas menerusi facebook.

Kejadian di rumah mereka di Taman Mas, Kapar, di sini, dipercayai berlaku kira-kira dua bulan lalu sebelum dirakam dan dimuat naik ke facebook oleh isteri pertama lelaki itu minggu lalu.

Difahamkan, mangsa adalah anak hasil perkahwinan lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai mekanik dengan isteri keduanya. Video dengan durasi 8 minit 33 saat itu memaparkan mangsa dibelasah bapanya tanpa belas kasihan.


Mangsa turut diangkat sebelum dilempar ke atas lantai. Suspek juga tidak mengendahkan mangsa yang menangis kesakitan dan ketakutan, sebaliknya terus membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menggunakan senduk dan selipar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13



Dua beradik dibawa arus

Posted: 12 Dec 2012 01:24 PM PST

HULU LANGAT: Niat abang untuk menolong adiknya yang hampir lemas membawa padah apabila kedua-dua mereka hilang dihanyutkan arus dalam kejadian di Sungai Langat, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang itu, mangsa, Mohammad Tarmizi Azhari, 13, sedang mandi di sungai itu manakala abangnya, Mohammad Syawal Azhari, 17, sedang memancing bersama tujuh rakan lain.

Abang ipar mangsa, Mohd Arif Abu Tamar, 27, berkata, dua beradik itu memang gemar memancing di sungai berkenaan dan ia adalah aktiviti cuti sekolah mereka.

Menurutnya, ketika Tarmizi yang tidak tahu berenang itu sedang mandi, tiba-tiba dia menjerit meminta tolong akibat dihanyutkan arus.


"Syawal yang berada berhampiran dan pandai berenang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya itu, namun dia turut dihanyutkan.


"Ketika kejadian, saya berada di rumah dan terkejut selepas rakan mereka menjerit di depan rumah dan menyatakan kedua-dua anak saudara saya itu lemas," katanya.

Menurutnya, sebaik mendapat maklumat itu, dia memaklumkan kejadian berkenaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Kajang.

Sementara itu, Pegawai Bomba Operasi, Mohd Hazuan Mohamad Mansor berkata, jentera pertama dari Balai Bomba Kajang tiba di lokasi kejadian pada jam 4.54 petang.

Katanya, 11 anggota dari Unit Skuba dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan Shah Alam memulakan operasi mencari kira-kira jam 6.30 petang sebelum tamat sementara pada jam 8.30 malam.

"Kedua-dua mangsa masih gagal ditemui dan operasi akan diteruskan jam 8 pagi esok (hari ini)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved