Khamis, 13 Disember 2012

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Misi cipta kejutan

Posted: 12 Dec 2012 10:54 AM PST

JANGAN GENTAR! Itu amanat ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal kepada barisan pemain Harimau Malaya menjelang pertembungan getir menentang Thailand bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2012, malam ini.

Atas kertas, skuad kebangsaan berdepan misi mencabar untuk menggapai tiket ke final dalam usaha mempertahankan kejuaraan dimenangi di Jakarta, dua tahun lalu selepas sekadar seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.


Keputusan itu meletakkan Harimau Malaya dalam kedudukan bahaya kerana Thailand yang dikendalikan Winfried Schafer hanya memerlukan keputusan seri 0-0 untuk mara ke final buat kali keenam dengan mengambil kira format gol di tempat lawan.

Namun tidak mustahil untuk anak buah Rajagobal mencipta kejutan ke atas pasukan pilihan itu di Stadium Supachalasai yang bakal dipenuhi 20,000 penyokong kerana kemenangan 1-0 sudah cukup buat melangkah ke final.


"Saya yakin dengan kemampuan pemain. Kami tidak perlu gentar kerana kami mempunyai pengalaman berdepan situasi seperti ini sebelum ini. Pemain saya akan menunjukkan karektor sebenar pada perlawanan ini, kami mahu menang dan melangkah ke final," katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.


Biarpun persiapannya terjejas berikutan layanan buruk tuan rumah yang menyediakan padang latihan seperti sawah padi kelmarin, Rajagobal tetap positif mampu merancang strategi ampuh untuk menyingkirkan juara tiga kali, Thailand dari kejohanan dwitahunan ini.

Tempoh sejam latihan rasmi Harimau Malaya di Stadium Dhebhasadin, semalam digunakan sebaik-baiknya oleh pengendali berusia 56 tahun itu memperkemaskan taktikal dan menilai pemain.


"Kami menjangkakan persiapan berjalan lancar apabila tiba di Bangkok tapi sebaliknya yang berlaku, mana-mana jurulatih pasti kecewa dengan perkara ini. "Kami akan melakukan apa yang perlu dalam latihan hari ini (semalam) bagi persiapan menentang Thailand," katanya yang membuat sentuhan magis ketika membimbing Harimau Malaya menjulang kejuaraan pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13



Messi konsisten

Posted: 12 Dec 2012 10:51 AM PST

MADRID: Kunci utama kekuatan Lionel Messi adalah pendekatan permainan yang tidak pernah berubah sejak remaja lagi, demikian menurut jurulatih Barcelona. Tito Vilanova, ketika mengulas mengenai rekod yang diperbaharui pemain Argentina itu.

Pemain berusia 25 tahun itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia tiga tahun berturut-turut dan Messi memperbaharui rekod penjaring terbanyak dengan 86 gol dalam setahun, mengatasi 85 gol milik Gerd Mueller dari Jerman pada 1972.


"Kehebatan Messi kerana meskipun bergelar seorang pemain profesional, dia masih bermain seperti zaman remajanya," kata Vilanova yang melatih Messi di akademi Barca dalam satu sidang akhbar menjelang aksi pusingan kedua Piala Raja Sepanyol menentang pasukan divisyen dua, Cordoba.

"Tiada siapa dapat menjangka apa yang dicapai dalam kerjayanya. Saya gemar melihat permainannya suatu ketika dulu dan sekarang. Saya harap ia akan berterusan untuk jangka masa lebih lama." Messi boleh menambah jaringannya tahun ini apabila Barca bertemu Cordoba dan dua perlawanan La Liga menentang Atletico Madrid di laman sendiri serta Real Valladolid di gelanggang lawan sebelum hujung tahun ini.


Dia dijangka memecahkan banyak lagi rekod sebelum kerjayanya berakhir dan dengan 192 gol, dirinya kini penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona dalam La Liga, kedudukan kesembilan keseluruhan di belakang bekas penyerang Athletic Bilbao, Telmo Zarra, 251 gol.


Penjaring terbanyak Liga Juara-Juara sejak empat musim lalu itu juga sudah merakam 56 gol dalam kejohanan elit Eropah, berkongsi kedudukan kedua bersama bekas penyerang Manchester United, Ruud van Nistelrooy dan ketinggalan 15 gol di belakang bekas penyerang Real Madrid, Raul.

Messi juga berpeluang mengatasi rekod 56 gol Argentina milik Gabriel Batistuta dan sudah menjaringkan 31 gol untuk negaranya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved