Rabu, 19 Disember 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Mati dendam tukang kebun

Posted: 18 Dec 2012 10:28 AM PST

SHAH ALAM: Perselisihan faham yang berlarutan sekian lama antara seorang ketua penduduk dengan tukang kebun sebuah pangsapuri di sini, mencapai kemuncaknya semalam apabila pemimpin masyarakat terbabit mati akibat dihentak di kepala dengan penyodok tanah.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, K S Natchymuthu, 53, parah di kepala dan badan, namun sempat menunggang motosikal sejauh 30 meter sebelum jatuh dan meninggal dunia.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa ialah Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan, Seksyen U9, di sini, yang juga pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran di antara Natchymuthu dengan tukang kebun yang berusia 43 tahun itu sebelum suspek hilang pertimbangan lalu memukul mangsa di kepala dan badan menggunakan penyodok tanah.


Beliau berkata, biarpun parah mangsa masih sempat melarikan diri menaiki motosikal, namun rebah berhampiran pondok pengawal keselamatan 30 meter dari tempat dia dipukul.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Ajal selepas gagal merompak

Posted: 18 Dec 2012 10:28 AM PST

KUALA LUMPUR: "Saya hanya mampu menangis dan menjerit meminta tolong ketika dua lelaki bertopi mengacukan parang selepas memecah masuk kedai dan meminta saya menyerahkan wang tunai sebelum melarikan diri," kata pekerja sebuah pusat Internet di Taman Len Seng, di sini, dikenali sebagai Winnie, 20 tahun yang menjadi mangsa samun, semalam.

Menurutnya, kedua-dua lelaki tidak dikenali itu pada mulanya menceroboh premis terbabit kira-kira jam 9.30 malam dan terus membuka mesin wang namun hampa berikutan tiada wang di dalamnya.

"Mereka kemudian datang ke arah saya dan cuba mengacukan parang serta meminta menyerahkan wang tunai jika tidak mahu diapa-apakan, ketika itu ada seorang pelanggan sedang bermain komputer.

"Saya yang ketakutan kemudian bertindak menjerit meminta tolong sambil menangis dan memberitahu tidak mempunyai wang menyebabkan mereka panik dan terus melarikan diri," katanya.


Winnie berkata, selang beberapa minit kemudian dia terdengar bunyi tembakan di luar premis menyebabkan dia memberanikan diri keluar sebelum mendapati lelaki yang mengacukan parang mati ditembak polis.


"Premis ini baru beroperasi selama dua minggu dan ini kejadian kali pertama berlaku sejak saya bekerja di sini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek berusia 20-an bersama seorang rakannya dipercayai cuba menyamun pusat Internet terbabit sebelum seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras yang kebetulan membuat risikan di kawasan berkenaan kira-kira jam 10 malam terserempak dengan mereka.

Menurutnya, pegawai polis berkenaan yang terdengar jeritan dari dalam premis terbabit bertindak memberhentikan kenderaannya sebelum dia mendapati dua lelaki bersenjatakan parang cuba melarikan diri.

"Dia kemudian memperkenalkan diri sebagai polis dan cuba menahan mereka namun suspek cuba menyerangnya menyebabkan dia terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai dada seorang suspek sementara rakannya berjaya melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan ke atas mayat kita menjumpai dadah di dalam poket seluarnya dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan. Kita juga akan meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) untuk siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang media, semalam.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/19



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved