Khamis, 20 Disember 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Budak diseret 10km

Posted: 19 Dec 2012 12:07 PM PST

NIBONG TEBAL: Seluruh badannya hancur hingga menampakkan tulang, manakala kepalanya pula berkecai dan hanya meninggalkan cebisan rambut.

Begitu keadaan mayat seorang kanak-kanak, Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Salam, 3, yang diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaikinya bersama keluarga yang terbabas kerana mengelak bangkai haiwan di atas jalan.

Lebih memilukan apabila mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.

Mayat mangsa dalam keadaan mengerikan itu ditemui pengguna lebuh raya di tepi jalan berhampiran Hentian Sebelah Sungai Bakap, dekat sini, sebelum memaklumkannya kepada polis.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku jam 8.45 malam apabila kereta Ford Laser yang dinaiki mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Cuba sorok dalam tandas

Posted: 19 Dec 2012 12:07 PM PST

MELAKA Seorang penjenayah bukan saja gagal melarikan beberapa peralatan komputer milik sebuah syarikat guaman, malah turut dicekup polis ketika bersembunyi di dalam tandas, awal pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4.30 pagi, kegiatan suspek berusia 34 tahun itu dihidu polis yang melakukan rondaan di kawasan lot kedai menempatkan pejabat syarikat itu di Plaza Mahkota, di sini.


Menurut sumber, anggota peronda yang kebetulan melalui kawasan itu curiga selepas melihat sebuah Honda EX5 diletakkan di belakang premis berkenaan.

"Curiga dengan keadaan itu, mereka kemudiannya melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk pada pintu premis.


"Malah, pemeriksaan di tingkat bawah premis itu menemui lelaki berkenaan yang bersembunyi di dalam tandas," katanya, semalam.


Menurutnya, pemeriksaan menjumpai kain dan tali yang diikat melalui cermin tandas premis itu dipercayai untuk digunakan suspek bagi melarikan diri.

Katanya, polis turut menemui komputer riba di dalam dua kotak dipercayai dikumpul suspek untuk dicuri serta pemutar skru.


"Panik kegiatannya dihidu, lelaki itu mengikat beberapa helai kain dan tali dipercayai digunakan untuk keluar dari premis melalui tingkap tandas namun gagal," katanya.

Sementara it, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, malah ujian air kencing turut mendapati suspek ketika itu positif mengambil dadah jenis methamphetamin" katanya ketika dihubungi, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/20



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved