Rabu, 5 Disember 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Cucu berani mati

Posted: 04 Dec 2012 11:29 AM PST

TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.


Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05



Anak dilari isteri maut

Posted: 04 Dec 2012 11:28 AM PST

GEORGETOWN: Akibat terlalu rindukan dua anaknya, seorang lelaki hidup tertekan sejak enam tahun lalu dan keadaan bertambah parah apabila dia mendapat berita anak bongsunya, Nurasmah Husna, 9, maut akibat ditimpa pokok di Afrika Selatan, Sabtu lalu.

Bapa malang itu, Mohd Razali Abdul Razak, 40, berkata, dia mendapat berita menyedihkan itu daripada sepupunya selepas anak sulungnya menghubungi saudaranya itu.

Dia yang bekerja di hotel dekat sini berkata, anak sulungnya, Nurhaifa Nasuha, 17, turut berada di Afrika Selatan menghubungi sepupunya memaklumkan berita buruk itu, namun mereka meminta ia dirahsiakan daripada pengetahuannya.

"Bagaimanapun, sepupu saya tidak sampai hati dan akhirnya memberitahu saya kerana tahu saya selama ini sangat rindukan kedua-dua anak yang kini tinggal dengan isteri.


"Saya kecewa kerana enam tahun berusaha mencari dua anak akhirnya mendapat khabar buruk anak bongsu maut ditimpa pokok di depan kakaknya sendiri," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved