Rabu, 5 Disember 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Mata kecil, mata bundar

Posted: 05 Dec 2012 12:39 PM PST

MEKAP sememangnya mampu menyerikan wajah kusam, tidak bermaya serta pucat.

Mata sering menjadi fokus ketika bermekap tetapi harus diingatkan, bahagian ini berupaya membuatkan gaya serta tatarias tidak sekata sekiranya menggunakan teknik yang salah.

Untuk wanita bermata kecil, lebih sesuai menggunakan gaya solekan mata smokey kerana ia membuatkan mata kelihatan tajam dan besar.

Bagi pemilik mata bundar, aplikasi teknik solekan mata kaedah soket yang menegaskan warna gelap pada penjuru mata paling tepat. Teknik ini mampu membuatkan mata kelihatan lebih galak serta menawan.


Untuk memperkemaskan teknik solekan ini, perkara asas yang perlu diutamakan ialah penggunaan asas pembayang mata supaya sapuan pembayang mata kekal lebih lama.


Selain itu, gariskan penggaris mata di atas garisan kelopak mata dan buatkan garisan lebih tebal di lipatan pelupuk mata dengan penggaris mata jenis pensel.

Sapukan pembayang warna cerah pada pelupuk mata kerana asas untuk mendapatkan paduan terbaik bagi teknik ini menerusi adunan warna gelap dan cerah secara sekata.

Ambil berus pembayang kemudian kaburkan garisan penggaris di bahagian atas kelopak mata sehingga ia kelihatan sekata dan tidak terlihat seperti garisan.

Selain itu, pastikan adunan warna gelap tidak melepasi lipatan kelopak mata.
Perhatikan juga sama ada warna adunan pada kedua-dua kelopak sama rata kemudian akhiri dengan sapuan maskara.

Teknik mudah asas solekan:

  • Mulakan sapuan daripada dahi, diikuti hidung, pipi, dagu serta leher.
  • Sapukan bedak asas ke seluruh wajah jika menggunakan jenis cecair, seeloknya ratakan dengan tangan. Biarkan kering kemudian gunakan bedak kompak.
  • Untuk mata, gunakan warna asas pembayang mata terlebih dulu seperti kuning, coklat, emas dan merah jambu. Sapukan pada kedua-dua kelopak mata menggunakan berus lembut bagi memudahkan proses mengadun warna.
  • Bagi memberikan kesan mata lebih galak, tebalkan warna pada bahagian hujung mata.
  • Sapukan maskara.
  • Kemaskan bulu kening menggunakan berus kening dan sapukan celak berwarna coklat. Elak penggunaan celak berwarna hitam kerana ia membuatkan wajah
    kelihatan garang.
  • Jika enggan menggunakan gincu, oleskan pelembap bibir bagi memastikan bibir tidak kering selain menyerikan penampilan.

    Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05



  • Kredit: www.hmetro.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved