Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 07 Dec 2012 04:41 PM PST SUBANG JAYA: Dia mengaku bersedia menjadi isteri, malah sanggup tinggal bersama sebelum diijab kabul, namun itu semua sekadar helah seorang wanita berusia 33 tahun bagi mengikis duit lelaki yang terpedaya sebelum dia licik menghilangkan diri. Menjalankan aktiviti penipuan itu sejak 10 tahun lalu, suspek dipercayai sudah menipu sekurang-kurangnya lima lelaki yang setiap seorang kerugian RM20,000 hingga RM80,000.
Mangsa terbarunya ialah seorang chef sebuah hotel terkemuka di sini dikenali sebagai Roslan, 39, yang kerugian hampir RM40,000 selepas diperdaya wanita terbabit sebelum laporan dibuat di Balai Polis Subang Jaya, jam 11 malam kelmarin.
"Biarpun mengetahui saya tinggal di rumah bujang dengan dua rakan lain, dia bertegas untuk tinggal bersama saya," katanya.
Menurutnya, suspek turut membawanya pulang ke kampung di selatan tanah air bagi bertemu keluarganya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
‘Kaki saya hancur’ Posted: 07 Dec 2012 04:40 PM PST JOHOR BAHRU: "Tolong, sakit, kaki saya hancur," raung Lee Fong Chan, 58, selepas kedua-dua kakinya hancur dilenyek bas henti-henti di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini, semalam. Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, mangsa yang juga penumpang bas berkenaan, turun dari kenderaan itu yang berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah stesen minyak.
"Ia menyebabkan wanita berkenaan terjatuh dan kedua-dua kakinya dilenyek tayar bas. Saya serta beberapa orang lain yang berada di situ cuba membantu dengan menenangkannya sementara menunggu ambulans," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas terbabit tidak berhenti di hentian bas yang disediakan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan