Jumaat, 14 Disember 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Berani bergaya

Posted: 14 Dec 2012 12:28 PM PST

ARUS getaran rekaan kasut masa kini tidak dapat disangkal lagi. Lebih inovatif dan unik, setiap pereka menampilkan konsep berbeza untuk mencari kelainan dan menonjolkan daya kreativiti mereka.

Seiring dengan keinginan pencinta kasut yang berani dan ekstrem, butik kasut dalam talian Xalf Design menampilkan pelbagai rekaan menerusi tempahan bagi memenuhi cita rasa penggemar fesyen.

Koleksi rekaan bespoke Xpression yang dihasilkan dengan sentuhan tersendiri dan sebahagiannya menonjolkan gaya pereka Australia, Katelyn Aslett, meningkatkan personaliti dan gaya individu.

Diasaskan oleh pereka muda, Xavier Mah, rekaannya memberi nafas baru pada gaya klasik dengan sentuhan moden dan setiap kasut menonjolkan hasil kerja tangan yang halus.


"Saya bertuah kerana dapat meluangkan masa di kota New York tahun lalu dan terpengaruh dengan getaran metropolitan serta sentuhan Bohemian menggunakan kraftangan tradisional.


"Justeru, setiap rekaan ditampilkan dihias khas mengikut cita rasa penggemar fesyen yang mengunjungi lawan web butik, xalfdesign.com.

"Perkhidmatan berorientasikan pelanggan juga akan memastikan pengguna menikmati hasil pembuatan tangan yang vintaj dengan material kulit anak lembu asli dan elit untuk keselesaan sempurna," katanya pada majlis memperkenalkan koleksi terbarunya di Galeri Bentley, Pavilion, baru-baru ini.

Kerjasama antara Xavier dan Alfred Moh berjaya menghasilkan rekaan yang menerima sentuhan aksesori dan elemen mewah untuk menambah gaya glamor pada koleksi jenamanya.

Menggunakan hasil kerja tangan dan daya kreativiti tanpa batasan, koleksi Xpression menampilkan sepatu bespoke yang memiliki keunikan tersendiri.

Musim ini memperlihatkan penggunaan kulit anak kambing dan lembu yang lembut di samping paduan material ropol chic dan stud bagi mengekalkan gaya sofistikated serta kontemporari.

Gaya kota yang dihasilkan turut menampilkan rekaan kasut platform serta bertumit halus dan bertali yang diperbuat daripada material premium.

Koleksi terhad itu direka untuk memberi keyakinan dalam menampilkan gaya penuh keyakinan, anggun dan ceria untuk si penggemar fesyen.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Serlah keyakinan

Posted: 14 Dec 2012 12:16 PM PST

KERIANGAN dan keyakinan menjadi ilham untuk menghasilkan rekaan inovatif yang ditampilkan Bernard Chandran bagi koleksi musim bunga dan panas 2013.

Kisah percintaan yang setia memberi inspirasi kepada perekanya menghasilkan rekaan kreatif yang menekankan potongan garisan.

Walaupun cinta kadangkala dikaitkan dengan kesedihan hati, perasaan tidak menentu dan kesakitan, rekaan yang ditampilkan lebih bersifat konvensional untuk menonjolkan keyakinan serta kekuatan wanita.

Koleksi berunsurkan positif dan bertenaga ini mengetengahkan rekaan keseluruhan yang berani namun masih mengekalkan unsur feminin.


Berani membuat perubahan melalui tafsiran emosi, ia dilakukan bagi menonjolkan keyakinan wanita dalam penampilan mereka di samping mengekalkan gaya glamor.


Potongannya pula unik dan membolehkan dua reka bentuk kontras di bahagian depan dan belakang. Ciri kesederhanaan dalam satu sisi dan lebih terperinci di bahagian lain seolah-olah mewujudkan situasi tenang.

Menampilkan potongan klasik pada koleksi gaun dan skirt yang berbentuk segi tiga untuk menonjolkan penampilan menawan, rekaan lurus seluar pula mempengaruhi ilusi jaket yang digayakan.

Seni cetakan dipamerkan dalam rekaan yang puitis pada padanan fabrik dan hiasan. Material yang lazim digunakan seperti sutera, organza, kain kapas dan kulit masih dikekalkan pada koleksinya kali ini.

Rekaan yang lebih ringan dihasilkan dalam pelbagai warna pilihan seperti kuning, merah jambu, kelabu terang dan hitam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/15



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved