Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Hati |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Setempat |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Arena |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 13 Nov 2012 01:41 PM PST TAIPING: Memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang di sini, tengah malam semalam, ditemui berpelukan. Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam. Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/14 |
Sesak 10 kilometer 2 bas kemalangan Posted: 13 Nov 2012 01:40 PM PST NILAI: Pengguna lebuh raya menghala ke utara terpaksa menempuh kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer apabila dua bas ekspres terbabit kemalangan di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, petang semalam. Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Begitupun, kecekapan pihak berkuasa termasuk anggota polis trafik dan peronda lebuh raya berjaya mengawal lalu lintas, sekali gus kesesakan hanya berlaku kira-kira 12 minit sebelum bas ekspres yang melintang dialihkan dan trafik beransur lancar.
"Syukur tiada yang cedera, bagaimanapun, jika saya merempuh bas pertama itu, berkemungkinan ada nyawa penumpang akan melayang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bas yang melintang di tengah jalan itu dipercayai dari arah Pontian, Johor untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS), di ibu negara sebelum hilang kawalan. "Bas yang dinaiki 25 penumpang itu kemudian melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum melintang di tengah jalan menyebabkan bas kedua terpaksa membrek kecemasan. "Akibatnya, bas kedua terbalik memasuki longkang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku berikutan ketika kejadian, tiada penumpang dalam bas dari Singapura ke Pantai Remis, Perak itu," katanya. Katanya, bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah lebuh raya apabila semua pengguna mengambil kesempatan untuk melihat kejadian itu.
"Saksi kejadian diminta tampil di balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 bagi membantu siasatan," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Rap |
Posted: 13 Nov 2012 05:24 AM PST KETIKA hadir untuk sesi fotografi di Balai Berita bagi mempromosikan program realiti nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil musim kelima (IK5), selaku juri tetap, Alyah kelihatan kepenatan dan wajahnya tampak lesu kerana katanya kebelakangan ini dia sangat sibuk namun digagahinya juga kerana dia ada tanggungjawab untuk dilangsaikan. Dia juga baru sembuh daripada sakit tulang belakang akibat ditimpa lampu spot light pada satu acara anjuran Hot FM. Bagaimanapun kata Alyah kesannya masih terasa kerana empat tahun lalu dia pernah ditimpa kemalangan di tempat sama.
"Sebelum ini saya jarang minum minuman sejuk hanya sesekali saja apabila rasa teringin tetapi sejak kejadian baru-baru ini, langsung saya tak boleh minum.
Alyah juga baru menceburi perniagaan online menjual turban dan shawl. "Sejak tahun lagi saya bercadang untuk membuka perniagaan ini tetapi kesuntukan masa. Setiap minggu ada show. Untuk memastikan perniagaan berjalan lancar, saya mesti memberikan komitmen. Mujur rakan saya itu bersetuju memberi sepenuh tumpuan barulah saya boleh memulakannya. "Sebagai permulaan Gaya Alyah menumpukan kepada keperluan Muslimah dan selepas itu barulah akan saya perluaskan untuk pakaian biasa yang mana peminat selalu bertanya di mana saya beli baju. Selalunya mereka berasa hampa kerana tiada ukuran baju yang sesuai untuk mereka. "Peminat teringin nak pakai apa yang saya pakai tetapi masalah sukar mencari saiz. Saya akan mencari baju yang sama seperti saya pakai tetapi dalam pelbagai saiz. Semua baju itu saya akan pilih sendiri. "Perniagaan ini beroperasi menerusi online dan edaran katalog. Saya akan mencari butik di seluruh negara menjadi ejen Gaya Alyah. Dengan cara itu mudah untuk peminat saya walau di mana mereka berada mendapatkan produk yang saya jual. Ramai pemilik butik berminat bekerjasama tetapi saya belum berkesempatan bertemu mereka. "Sebelum usaha sama dibuat, saya perlu melihat butik mereka dan mengenali pemiliknya dengan lebih rapat. Saya akan pastikan di setiap negeri ada wakil dan peminat boleh beli terus daripada mereka. Selepas itu saya sendiri akan pergi ke setiap butik untuk membantu mereka mempromosikannya," katanya. Alyah belum bersedia membuka butik sendiri kerana kos yang tinggi. "Biar saya berniaga dengan cara begini dulu. Kalau saya nak buka butik sendiri, saya mahukan konsep berbeza dan paling penting memberi keselesaan kepada pelanggan. Impian saya untuk memiliki butik seperti itu memerlukan kos yang besar dan buat masa sekarang belum berkemampuan. "Kalau buka butik tanpa dapat memberikan komitmen tak boleh juga. Sebagaimana kerjaya seni saya naik dengan perlahan-lahan, saya mahu proses perniagaan ini begitu juga. Tak mahu terlalu drastik, saya mahu membuat persediaan rapi sebelum bergelar pemilik butik," katanya. Dia yang sudah lama tidak ada album baru penuh akan mula memasuki studio pada Januari depan bekerjasama dengan Warner Music. "Saya akan mengurangkan persembahan pentas untuk memastikan album itu siap pada masanya. Kalau saya terus menerima undangan pada setiap minggu, nescaya album itu akan tertangguh. Sudah lima tahun saya tidak menghasilkan album penuh dan memang teringin sangat nak buat. Perkembangan lain, pada Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung pada Disember ini di Singapura, dia antara artis yang menerima banyak pencalonan iaitu Artis Serantau Popular, Lagu Serantau Popular, Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik dan Ikon Media Baru. Bercerita mengenai penampilannya dalam IK5, dia dilantik sebagai juri tetap setiap minggu yang berlangsung selama lapan minggu. "Tahun lalu kawan baik saya, Atilia menjadi juri tetap IK4. Sebagai juri saya akan berkongsi pengalaman saya yang tidak seberapa ini dengan peserta cilik itu. Setiap minggu saya akan mengikuti aktiviti dan kelas yang mereka sertai dan saya juga melihat rakaman IK4. "Walaupun pesertanya kanak-kanak suara mereka sangat bagus. Apa yang saya lakukan lebih kepada perkongsian ilmu. Untuk melihat bagaimana juri melontarkan pandangan mereka, saya menonton The Voice, American Idol dan melihat Ziana Zain yang kini juri tetap program Vokal. "Orang sekarang senang jadi penyanyi, tidak seperti saya dulu yang belajar menyanyi dengan pak cik dan orang di sekeliling saya. Kalau mereka belajar menyanyi macam orang dulu-dulu (belajar), saya yakin mereka tak akan tahan. Konsert minggu pertama IK5 sudah pun bermula pada 10 November lalu, setiap Sabtu, jam 8.30 malam di TV9. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/13 |
Soseh Soseh: Cakap tak serupa bikin Posted: 13 Nov 2012 04:09 AM PST CAKAP lain tapi buat lain. Yang meluatnya apabila kata-kata yang diungkapkan oleh seorang artis lelaki ini macam menampakkan dia 'suci' sangat. Yang nyata ramai yang tertipu dengan lakonannya. Begitulah yang boleh SS kata mengenai tindak tanduk artis yang dikenali dengan imej bersih ini. Orangnya memang dikenali ramai dan kalau SS boleh sebut namanya di sini, pasti ramai yang akan terkejut.
Tapi, mereka yang pernah kenal dia secara dekat memang maklum dengan sikap kasanovanya ini. Maklumlah orang kacak, tentu dia ingat semua wanita akan mudah tunduk kepada pujuk rayunya. Menurut sumber SS, seorang artis wanita yang pernah diajak buat perkara tak senonoh oleh kasanova ini berkata, dia macam nak termuntah apabila baca kenyataan mamat ini yang ingin mencari isteri yang baik, solehah dan macam-macam lagilah.
SS rasa dia mungkin berada dialam fantasi kerana anggap dirinya akan terselamat. Maklumlah hubungan dia dengan pihak media juga dilihat macam lancar. Namun dia kena ingat kami takkan berkompromi atau bersubahat dengan perangai buruk yang dilakukan. Apabila sampai masanya dan cukup bukti, kegiatan buruknya pasti akan tersebar juga. Sesekali difikirkan pelik juga kerana dia hendakkan isteri yang baik, tapi dalam masa sama perangainya pun tak betul juga. Artis lelaki yang berangan ini perlu merenung pada ayat lelaki yang baik akan dikurniakan wanita yang baik. Jadi, kalau diri sendiri tak betul, jangan haraplah nak dapat isteri yang menepati ciri-ciri yang diinginkan. SS: Takut nak buat jahat kerana percaya setiap perbuatan kita akan dibayar tunai oleh Allah SWT. Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Harian Metro: Global |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Copyright 2010 All Rights Reserved