Harian Metro: Arena |
Posted: 17 Jan 2013 08:28 AM PST Johor Bahru: Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan anggota dan Komando Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) ditugaskan mengawal keselamatan pada perlawanan antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan, Selasa lalu. Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, tentera lengkap bersenjata itu sebenarnya anggota Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas (GGK) dari Kem Iskandar Mersing, Johor dan bukannya anggota JMF seperti didakwa sesetengah pihak.
"Kehadiran anggota komando adalah prosedur operasi standard (SOP) dan ia penting untuk memastikan keselamatan Sultan Johor yang juga Kolonel Kehormat Rejimen GGK terjamin setiap masa.
Tunku Mahkota Johor Sebaliknya, Tunku Ismail menyifatkan penyokong pasukan Johor DT sebagai mangsa kekecohan di Kota Bharu yang berpunca daripada kegagalan Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) mengawal peminat mereka yang bertindak di luar batasan.
"Kami kecewa dengan apa berlaku kerana bukan saja lelaki tapi penyokong wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa apabila terkena kayu, botol minuman dan botol kaca yang dibaling penyokong Kelantan. Ia membuktikan KAFA gagal mengawal penyokong mereka.
|
Posted: 17 Jan 2013 08:23 AM PST Johor Baharu: Pemain cilik, Daeng Abdul Rahman Daeng Abdul Aziz, 13, muncul juara kategori Lelaki Kejohanan Grand Final Johor Junior edisi ketiga di Kelab Golf dan Country Johor (JGCC), baru-baru ini, selepas menewaskan pemain lebih berpengalaman dengan catatan lima atas par. Loy Hee Ying, 16, pula dinobat juara keseluruhan Junior Perempuan dengan catatan 10 atas par.
Lebih menggembirakan apabila Daeng Abdul Rahman yang juga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail diumum sebagai pemenang kategori Bawah 15 tahun (B-15) dan pemain junior terbaik tahun lalu.
Daeng Abdul Rahman dipercayai muncul juara kelab termuda di Malaysia ketika berusia 12 tahun lima bulan 19 hari.
"Semua kejayaan ini hasil bimbingan dan pendedahan yang diberikan bapa (Daeng Abdul Aziz Daeng Rahman) sejak saya berusia enam tahun," kata anak bongsu daripada empat adik beradik itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan