Jumaat, 18 Januari 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Cair bersama fantasi The Nutcracker

Posted: 17 Jan 2013 01:56 PM PST

BELUM pernah persembahan ballet bertaraf antarabangsa diiringi alunan muzik yang gah oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Inilah kelainan yang ditampilkan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bersempena The Ballet Festival yang sedang berlangsung ketika ini, hasil cetusan idea bekas isteri Perdana Menteri, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Dramatari The Nutcracker yang selama ini cukup sinonim dengan dunia ballet berjaya dipersembahkan sekumpulan penari profesional, The Stars of Moscow Ballet yang diterbangkan dari Russia, hujung minggu lalu.

Ternyata persembahan dalam dua aksi (two act) selama hampir dua jam itu membuatkan penonton 'cair dalam dunia fantasi' gerak tari lembut dan penuh artistik bersama iringan muzik klasikal MPO pimpinan maestro Robert Cole. Impak sungguh hebat dan melekat dalam jiwa setiap penonton.

The Nutcracker menampilkan sekumpulan penari berkemahiran tinggi diterajui dua penari utama, Alexey Konkin dan Alexandra Lezina.

Foto

AKSI 'terbang' seolah-olah kaki penari memiliki spring.

Foto

GERAKAN seragam menghasilkan kesan visual yang cukup hebat.

Foto

KELEMBUTAN gerak tari Alexey Konkin sebagai Putera dan Marie oleh Alexandra Lezina cukup mempesonakan.


Mereka sudah bersama Stars of Moscow Ballet sejak empat tahun lalu menjayakan pelbagai persembahan di serata dunia.


Berlatarkan latar pentas menarik disulami lampu sorot menarik, gerak tari dibentuk koreografer Vasily Vainonen, yang pernah berkhidmat dengan Bolshoi Ballet. Beliau juga pernah menjadi koreografer untuk persembahan Dimitri Shostakovich yang berjudul The Golden Age.

Bagi The Nutcracker kali ini, watak anak patung lakonan penari dalam busana tradisi Sepanyol, Arab, China dan Russia begitu memikat.

The Nutcracker, antara ballet paling diminati sepanjang zaman menampilkan Alexey sebagai Putera sementara Alexandra sebagai Marie.

Plot dan skor muzik ciptaan komposer legenda Russia, Pyotr Il'Yich Tchaikovsky dalam The Nutcracker berkisar mengenai fantasi seorang kanak-kanak perempuan yang terlelap dan dibuai mimpi indah menjelang sambutan Krismas.

Selain itu, The Nutcracker yang asalnya dicetuskan koreografer Marius Petipa dan Lev Ivanov, menonjolkan watak-watak imaginasi kumpulan tentera tikus dan pari-pari.

Apa lagi yang menarik mengenai ballet The Nutcracker ini berbanding ballet lain?

Kemampuan Tchaikovsky menghasilkan muzik yang digelarnya 'fairytale-ballet' jelas menyuntik pelbagai rona dan 'mood' tersendiri dalam pertunjukan itu apabila dialunkan dengan pelbagai instrumen tanpa elektrik oleh orkestra termasuk harp.

Persembahan ballet itu turut memberi mesej jelas kepada pencinta seni agar menghargai saru bentuk tarian yang berada dalam kelas tersendiri. Jika di Malaysia, kita tidak kekurangan lenggok tarian yang unik seperti inang, gamelan dan makyung.

Secara keseluruhan, The Nutcracker bukan saja memberi peluang kepada peminat tegar ballet melihat lebih dekat liuk penari yang muncul di pentas malah juga tetapi alunan muzik klasikal yang berkualiti. Turut diselitkan, pergerakan penari yang berbaur akrobatik dan sungguh mempesonakan.

Apa yang menarik, semua tempat duduk dalam DFP penuh dengan penonton termasuk wakil-wakil kedutaan asing yang bertugas di Kuala Lumpur.

Dari sudut sejarah, 1892, The Nutcracker sebenarnya pernah mendapat sambutan hambar disebabkan koreografi ketika itu yang kurang berkualiti. Namun lama kelamaan mutunya berjaya dipertingkatkan sehingga kini kekal sebagai satu khazanah seni bagi masyarakat Eropah dan Barat.

Hujung minggu ini pula, sebuah lagi karya ballet terkemuka akan dipersembahkan iaitu The Swan Lake juga bersama gubahan muzik Tchaikovsky, bermula 18 hingga 20 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/17

Soseh Soseh: Liat jawab telefon

Posted: 17 Jan 2013 06:53 AM PST

Melakukan kesilapan memang lumrah manusia, tapi janganlah kesilapan itu terus diulang dan menjadi tabiat.

Bercerita soal kesilapan ini, rakan SS pernah berurusan dengan seorang artis wanita yang boleh dikatakan popular juga. Apa yang SS tahu pelakon ini memang jenis yang suka buat hal juga.

Artis ini cukup bermasalah nak menjawab telefon. Walaupun telefon sentiasa di tangan, tetapi jangan harap dia nak menjawabnya. Tak taulah SS apa masalahnya!

Rakan SS ini pernah mengadakan sesi fotografi bersama artis terbabit di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini, namun sesi temubual tidak dapat dilakukan pada hari yang sama dan artis itu meminta rakan SS untuk menghubunginya untuk mengatur temubual.


Malangnya, selepas sebulan cubaan rakan SS untuk menghubungi artis itu gagal. Telefonnya langsung tidak dijawab mengakibatkan rakan SS ini fobia untuk berurusan dengannya lagi.


Kesannya, niat rakan SS untuk menyiarkan cerita artis terbabit tidak kesampaian kerana masih tidak dapat menemubualnya. Foto yang sudah diambil kini hanya terperap di pejabat berikutan sikap tidak bertanggungjawab artis itu.

Tidak hairanlah jika populariti dikecapinya juga suam-suam kuku disebabkan sikap sambil lewa itu.

Nasihat SS kalau tidak mahu memberi kerjasama sepenuhnya jangan adakan langsung sesi fotografi, mungkin pelakon itu lupa ia diadakan dengan tujuan memberi publisiti kepadanya.

Jika baginya publisiti itu tidak penting, tak mengapalah. SS hendak lihat sejauh mana pelakon wanita ini boleh pergi tanpa publisiti daripada media.

SS: Rupa cantik, perangai tidak senonoh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/17
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved