Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: "Ada orang cuma cakap-cakap saja tapi tiada tindakan. Seelok-eloknya kalau tidak puas hati dengan pengadil, buatlah aduan rasmi menerusi persatuan negeri atau kelab masing-masing untuk kami ambil tindakan," jelas Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz. Kenyataan disuarakan itu sebagai menjawab isu mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini yang didakwa mengundang rasa tidak puas hati jurulatih.
Terbaru, mutu pengadilan perlawanan Liga Super antara Perak dan Selangor Selasa lalu turut dipersoal membabitkan tindakan pengadil Zulkifli Ahmad melayangkan kad merah kepada pemain Red Giants, Mohd Amri Yahyah serta tidak membenarkan dua gol pasukan tuan rumah kerana dikatakan ofsaid.
PENYOKONG Perak berkumpul di perkarangan stadium protes pengadil perlawanan. "Kami bagi ruang untuk pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil untuk membuat aduan. Tapi kadang-kadang orang terlupa kami juga mempunyai pegawai penilai pengadil dalam setiap perlawanan liga. Kami juga boleh mengambil tindakan berdasarkan laporan pegawai penilai pengadil ini.
|
Posted: Madrid: Real Madrid mengatasi layangan dua kad merah buat Fabio Coentrao dan Angel Di Maria serta kecederaan dialami Iker Casillas sebelum seri 1-1 dengan Valencia sekali gus layak ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol menerusi agregat 3-1, awal pagi semalam. Karim Benzema menjaringkan gol sebelum rehat untuk meletakkan anak buah Jose Mourinho mendahului agregat 3-0 sebelum Coentrao meraih kad kuning kedua kerana memegang bola pada minit ke-51.
Adan terpaksa menggantikan Casillas pada minit ke-15 selepas pertahanan Real, Alvaro Arbeloa secara tidak sengaja menyepak tangan kirinya ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
"Kami hadir dengan kelebihan selesa daripada perlawanan di tempat sendiri dan selepas gol pertama ia mula sukar," kata pemain tengah Real, Xabi Alonso.
Penyerang Sepanyol menjaringkan gol menerusi tandukan dan satu penalti manakala pemain tengah Croatia, Ivan Rakitic dan Madu del Moral menyumbang dua gol lagi untuk melengkapkan kemenangan agregat 4-0.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan