Harian Metro: Arena |
Rajagobal akui posisi serangan meruncing Posted: Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengakui berdepan masalah kecederaan pemain paling buruk sejak membimbing skuad itu pada 2009 dengan masalah di posisi serangan dilihat paling meruncing. Selepas kehilangan Mohd Safee Sali yang mengalami kecederaan buku lali dan situasi penyerang 'kembarnya' Norshahrul Idlan Talaha pula masih 50-50 kerana masalah hamstring, pengendali itu terus mendapat perkhabaran buruk apabila Shahrizal Saad yang dipanggil menggantikan Safee semalam terpaksa pulang semula kerana cedera pangkal paha.
Kini pilihan terakhir yang ada bagi Rajagobal adalah memanggil penyerang Perak, Abd Hadi Yahya.
Selain bahagian serangan, masalah kecederaan pemain juga teruk menyerang di bahagian tengah Harimau Malaya dengan beberapa pemain seperti S Kunanlan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbart dan K Gurusamy terpaksa disisihkan ketika kapten Safiq Rahim tidak dipanggil kerana menjalani penggantungan perlawanan.
Sejak Liga M bermula awal bulan ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermain tujuh perlawanan dalam 21 hari manakala pasukan lain mengharungi enam perlawanan dalam tempoh 18 hari. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28 |
Posted: Juara bertahan, Chelsea memerlukan gol penyamaan pada minit ke-83 sumbangan Fernando Torres untuk mencatat keputusan seri 2-2 bertemu pasukan Divisyen Tiga, Brentford semalam sekali gus mengelak malu tersingkir pada pusingan keempat Piala FA. Jaringan penalti daripada Harry Forrester menyaksikan juara Liga Juara-Juara itu bakal tersingkir, namun Torres menjadi penyelamat dengan gol pada lewat permainan untuk menafikan kemenangan tuan rumah.
Brentford, yang beraksi di Liga Satu menerusi gol sumbangan Adam Forshaw yang menewaskan Turnbull menerusi hantaran rendah.
Ketika penyokong tuan rumah bersedia untuk meraikan kemenangan cukup bermakna pasukan mereka, Torres menyamakan kedudukan pada lewat permainan menerusi rembatan dari luar kotak penalti. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan