Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 17 Jan 2013 01:51 PM PST Putrajaya: Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak susuannya. Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30, berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania Maisarah, tiga bulan. Kemuliaan hati Nurul Uyun itu seharusnya membuka mata masyarakat mengenai amalan menjadi ibu susuan, sesuatu yang lazim dilakukan masyarakat Arab dan diharuskan Islam, tetapi jarang diamalkan umat Islam negara ini. Pendakwah bebas, Zawiyah Hassan berkata, menderma susu badan kepada bayi yang memerlukannya, bukan saja dibenarkan syarak, malah dianggap perbuatan mulia dan mendapat ganjaran pahala, sama seperti amalan bersedekah. BALQIS (depan) antara penerima susu perahan Nurul Uyun.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/18 |
Posted: 17 Jan 2013 01:50 PM PST Kangar: Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam. Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi. "Suami wanita berkenaan juga sebak dan menangis melihat keadaan isterinya lalu memaksa majistret mempercepatkan keputusan terhadapnya. ANGGOTA polis dan kakitangan mahkamah membantu wanita yang melahirkan bayinya di mahkamah, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan