Zarina, rakan diikat jamin Posted: 01 Jan 2013 11:19 PM PST PETALING JAYA: Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki eramin 5 sebarat 0.6 gram, tiga hari lalu. Zarina, 26, dan rakannya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, penuntut kolej swasta didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah No C-3-10, Armanee Condo, Jalan PJU/10C, Damansara Damai, dekat sini, kira-kira 5.30 petang.
Majistret Nazri Omfan membenarkan kedua-duanya diikat jamin, masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kes akan dilakukan pada 8 Februari depan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
Suami dimadu Posted: 01 Jan 2013 11:19 PM PST BATU PAHAT: Rahsia seorang wanita beranak dua 'memadukan' suami selepas dipercayai bernikah dengan seorang doktor di Thailand, Julai lalu, terbongkar apabila rumah dihuni pasangan itu di Penggaram, di sini, diserbu pihak berkuasa, semalam. Dalam serbuan itu, wanita berusia 35 tahun terbabit berkeras kononnya sudah 'menceraikan' suami pertama ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Batu Pahat, jam 1.30 pagi.
Malah, seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai abang wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu, memarahi doktor terbabit yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan adiknya. Pada masa sama, seorang lelaki dipercayai suami pertama wanita terbabit juga tiba tidak lama kemudian dan hanya mendiamkan diri. Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Penguat Kuasa JAJ Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pada mulanya, wanita terbabit menafikan dia dan suami keduanya itu sudah bernikah, tetapi mengubah pengakuan selepas didesak. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
0 ulasan:
Catat Ulasan