Rabu, 2 Januari 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Buktikan 10 terbaik’

Posted: 01 Jan 2013 08:21 AM PST

MUNGKIN agak mengejutkan pengiktirafan diterima Rozaimi (gambar kanan bawah) Abdul Rahman apabila dipilih sebagai 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh ESPN baru-baru ini memandangkan pemain muda negara itu bukanlah pemain kebangsaan berbanding pemain lain yang berada dalam senarai itu.

Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana pemain tempatan lebih mendapat pengiktirafan pihak luar sedangkan dia gagal mendapat tempat menyarung jersi Harimau Malaya.


Sebelum ini pemain kelahiran Sabah yang kini mewakili Harimau Muda A itu pernah dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dan beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan namun belum cukup memikat pengendali Datuk K Rajagobal.

Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah tidak mahu mempertikaikan pemilihan pengendali negara itu yang tidak menyerapkan Rozaimi dalam skuad Piala AFF 2012 sebaliknya mahu pemain itu membuktikan dia sememangnya berhak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya selepas ini.


"Setiap jurulatih ada penilaian sendiri, mungkin sebelum ini aksinya dengan skuad kebangsaan kurang bagus. Tapi dia kena buktikan dirinya memang berhak mendapat pengiktirafan sebagai 10 pemain terbaik Asia oleh ESPN itu.


"Dia masih muda dan masih ada ruang untuk memperbaiki prestasinya. Ia satu pengiktirafan yang baik tapi dia tidak boleh leka sebaliknya menjadikan ia satu cabaran untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada Arena Metro semalam.

Menerusi laporan yang disiar laman web sukan terkenal, ESPN, Rozaimi berada di tangga kesembilan senarai pemain terbaik Asia 2012 yang menyaksikan pemain Emiriah Arab Bersatu, Omar Abdul Rahman menjadi pilihan pertama manakala bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa kedua.


Pemilihan Rozaimi, 20, dibuat berdasarkan prestasi hebatnya apabila meledak 10 gol dalam lima perlawanan kempen kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun di Yangon, Myanmar, Jun lalu.

Malah aksi penyerang itu berjaya mencuri tumpuan jurulatih kelab Thailand, BEC Tero Sasana, Andrew Ord yang mahu mendapatkan khidmatnya namun gagal kerana dia dipinjamkan oleh Sabah kepada Selangor bagi kempen Piala Malaysia.


Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menganggap Rozaimi memiliki bakat semula jadi sebagai penyerang.


"Rozaimi memiliki sentuhan penyudah yang baik, tenang di depan gol dan memiliki naluri pemusnah seorang penyerang. Dia boleh menjadi pemain pelapis kepada skuad kebangsaan selepas ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01



Serena pamer aksi cemerlang

Posted: 01 Jan 2013 08:16 AM PST

BRISBANE (Australia): Serena Williams membuktikan penguasaan di Kejohanan Antarabangsa Brisbane apabila membenam pemain Perancis, Alize Cornet, 6-2, 6-2.

Pada hari yang menyaksikan pilihan kelima dan keenam, Sara Errani dan Petra Kvitova kecundang, Serena mempamerkan aksi cemerlang untuk menundukkan Alize dalam tempoh sejam.


Juara Grand Slam 15 kali itu tidak berdepan masalah untuk menguasai permainan dan Serena terlalu mantap buat Alize dan turut menciptta enam ace. Satu ace dilakukan pada set kedua dengan kelajuan mencecah 200 kmj.

Pilihan ketiga dari Amerika Syarikat (AS) sebelum itu mengatasi rakan senegara, Varvara Lepchenko pada pusingan pertama.


"Alize bekas 15 pemain terbaik dunia dan kami menempuh pertarungan tiga set dan saya tahu perlu bermain dengan baik," katanya. "Saya cuba bermain lebih agresif dan cuba untuk lebih konsisten." Bekas juara Wimbledon, Petra yang muncul juara di Brisbane pada 2011, tewas 4-6, 5-7 kepada pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova manakala Sara dari Itali tewas dalam pertarungan tiga set kepada naib juara 2012, Daniela Hantuchova, 6-4, 1-6, 5-7.


"Ia bukan permainan tenis terbaik saya. Saya harap musim ini lebih baik selepas ini," kata Petra. "Pada masa ini, masih ada ruang untuk saya perbaiki dan berharap dapat atasi kelemahan itu di Melbourne." Pilihan utama dan pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka akan turun beraksi menentang pemain Jerman, Sabine Lisicki pada pusingan kedua, hari ini.

Manakala dalam undian lelaki, bintang Uzbekistan, Denis Istomin menumpaskan pilihan kelapan dari Slovakia, Martin Klizan, 6-1 6-2 manakala pilihan ketujuh, Jurgen Melzer dari Austria menewaskan pemain kelayakan dari AS, Denis Kudla, 2-6, 6-4, 6-4.


Pemain kelayakan Australia, John Millman mara ke pusingan kedua untuk bertemu Andy Murray yang menewaskan pemain Jepun, Tatsumo Ito, 6-4, 6-1 dan Tommy Robredo dari Sepanyol menewaskan Ryan Harrison dari AS, 6-4, 7-6 (7/4). - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved