Harian Metro: Rap |
Posted: 31 Dec 2012 05:08 AM PST NEELOFA bingkas menerjah yang dirinya tidak langsung memasang azam saat dilontar persoalan 'klise' itu. Tambahnya, biar 2013 mula berjalan, dia bimbang jika meletakkan sebarang sasaran, kerana mungkin akan mengundang kecewa sekiranya tidak tercapai. "Saya hanya mengharapkan yang terbaik dan semoga 2013 yang menjadi tahun ketiga saya sebagai anak seni memberikan lebih kebahagiaan dan rezeki," katanya tersenyum. Menghiasi wajah pertama Rap, pembuka lembaran tahun ini, pelakon yang juga pengacara jelita berusia 23 tahun ini tidak henti-henti mengucap syukur kerana apa yang pernah diimpikan dalam hati kini semuanya terlaksana. Imaginasi dan angan-angan gadis putih gebu kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini perlahan-lahan direalisasikan. Titik tolaknya selepas menjuarai Dewi Remaja dua tahun lalu, pantas nama dan pesona wajahnya tidak henti-henti mewarnai pentas seni tempatan.
Meskipun jelasnya tidak pernah dirancang, jauh sekali berasa bangga, itulah harga yang perlu dibayar menjadi selebriti iaitu hak milik masyarakat dan terdedah kepada apa saja persepsi dan andaian. "Kelakar juga apabila ramai rakan media mula menghubungi saya bertanyakan soalan yang sama, kononnya saya paling 'panas' tahun lalu. Saya sendiri tidak pasti mereka (wartawan) melihat dari sudut apa dalam mengukur populariti dan nilai sensasi seseorang artis. "Itulah realitinya kerana saya tidak punya suara untuk menafikannya kerana apa yang orang cakap mengenai diri saya. Segala macam kisah, gosip dan berita itu adalah perkara yang tidak pernah dirancang berlaku pada saya," katanya mengakui tidak kira buruk atau baik publisiti yang diberi, ia masih dianggap satu publisiti. Jelasnya lagi: "Seperti yang saya katakan apa saja spekulasi dan kontroversi itu bukanlah kehendak saya, sebaliknya ia digembar-gemburkan pihak lain. Pening dan penat usah diceritakan kerana tidak henti-henti rasanya saya dihujani gosip namun alhamdulillah, semuanya saya redah dengan sempurna. "Ikhlasnya, saya melihat semua itu dari perspektif positif yang mana selagi nama saya disebut dan kisah membabitkan saya diberi perhatian, masih ada orang yang ingat kerana jika sudah diketepikan, ia lebih menakutkan saya. "Sebagai pendatang baru, saya bersyukur kerana adanya keluarga dan teman-teman yang tidak henti-henti menyokong selain memberi kepercayaan kepada saya. Itulah rahsia kekuatan dan resipi semangat yang saya amalkan," katanya yang bakal bergelar graduan jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Kolej Sunway. Kronologinya, pelakon filem S.A.M, Hantu Kapcai dan drama siri Tahajud Cinta dan Kau Yang Terindah ini mula mencetuskan pentas hiburan dengan kisah 'merampas' cinta pelakon lebih senior daripadanya. Lebih yakin, Lofa ketika itu belum lagi muncul dengan filem sulungnya, Azura namun nama gadis bijak ini sudah hangat diperkatakan. "Lofa itu perampas dan suka sangat buat kontroversi! Belum pun lagi membuktikan apa-apa, spekulasi jauh lebih heboh!" Laungan sebegitu tidak lagi mengundang air mata. Sebaliknya jelas Lofa: "Saya sudah lali dan tidak lagi meratap walaupun pernah dulu terbit rasa kecewa dan patah semangat." Apa yang penting jelas Lofa, produk dan kerja itu perlu diletakkan ke depan agar ia menjadi penimbang atas persepsi serong mereka yang gemar menjatuhkan hukuman. "Walaupun saya tidak pernah bebas daripada gosip, tawaran dan kerja saya tidak pernah berhenti. Ada saja wajah dan kerja saya di kaca televisyen. Itulah yang dikatakan hadiah atas kerja keras saya selama ini," katanya berseloroh, 2013 akan lebih mendidih. Trivia gosip Lofa Pencapaian Lofa Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
Intermezzo: Jom sambar Led Zeppelin Posted: 31 Dec 2012 04:36 AM PST Selamat Tahun Baru 2013! Pembuka tirai tahun ini saya dahulukan dengan album Led Zeppelin - nama yang bukan asing buat peminat genre blues rock dan rock 'n' roll. Kumpulan ini sangat berpengaruh dalam sejarah rock dan album Celebration Day hadir sebagai penghargaan buat peminat setia mereka dan pengasas Atlantic Records, Ahmet Ertegun. Konsert Celebration Day menampilkan persembahan barisan asal, Jimyy Page selaku pemain gitar utama, John Paul Jones (keyboard/gitar bass), Robert Plant (vokal) dengan trio turut disertai Jason Bonham, anak bekas pemain dram legenda, John Bonham.
Konsert ini menyaksikan mereka menyampaikan 16 lagu terbaik Led Zeppelin sepanjang zaman seperti Rock n Roll, Kashmir, Whole Lotta Love, Trampled Underfoot dan Stairway To Heaven. Semua lagu terbabit dirakam dalam dua CD dan satu DVD ketika konsert diadakan pada 10 Disember 2007 di 02 Arena, London.
Apapun, kenyataan itu dapat diterima kerana Paul Jones mahukan lagu konsert boleh difahami. Apa cuba disampaikan memang mudah kerana setiap lipatan kulit album dalam menyediakan petikan kata-kata setiap anggota mengenai rasional menjayakan konsert selama lebih dua jam itu. INFO: ARTIS: Led Zeppelin
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan